ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: BUDAK MAUT TERJATUH DARI TINGKAT EMPAT !!!

Thursday 4 September 2014

BUDAK MAUT TERJATUH DARI TINGKAT EMPAT !!!


KUANTAN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah flat di Kem Batu 10 dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata, dalam kejadian pada kira-kira 6.30 petang itu, mangsa dilapor ditinggalkan seorang diri di rumah oleh bapanya yang keluar mengambil adik-beradik yang lain di sekolah.

Beliau berkata, ibu mangsa, yang berusia 30-an, pula keluar bekerja. 

"Beberapa saksi ada ternampak kanak-kanak itu cuba memanjat balkoni sebelum terjatuh," katanya.

Abdul Aziz berkata, mangsa, yang mengalami kecederaan parah di muka dan kepala, dikejar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan.

Bagaimanapun, kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia pada kira-kira 7.30 malam. 

"Identiti mangsa masih dalam siasatan, dan polis masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment