ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MAHATHIR ADA NIAT GULNGKAN NAJIB !!!

Wednesday 3 January 2018

MAHATHIR ADA NIAT GULNGKAN NAJIB !!!

Pergerakan Pemuda UMNO membuat laporan polis susulan kenyataan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa mempunyai niat untuk menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Mengulas lanjut, Naib Ketua Pemudanya, Senator Khairul Azwan Harun, berkata Dr Mahathir membuat banyak kenyataan yang cuba mempengaruhi rakyat Malaysia untuk menggulingkan Perdana Menteri bukan menerusi proses demokrasi.
Katanya, beberapa bukti turut diserahkan kepada polis untuk membantu siasatan.
“Kita meminta pihak polis segera menyiasat tindakan dan usaha Dr Mahathir yang ingin menggulingkan Perdana Menteri.
“Tindakan ini berbahaya dan boleh mengganggu-gugat keamanan serta kestabilan politik negara, maka itu sebabnya kami tampil membuat laporan polis,” katanya di perkarangan IPD Dang Wangi, hari ini.
Pada masa sama, Khairul Azwan berkata segala tindakan yang dilakukan oleh Dr Mahathir dilihat untuk memastikan anaknya, Datuk Seri Mukhriz menjadi Perdana Menteri.

No comments:

Post a Comment