Mata kita saban waktu dipertontonkan tentang bahaya Melayu berpecah. Gegendang telinga apatah lagi siang malam dipalu dengan ungkapan perpecahan Melayu hingga tipis dan ada yang pecah. Pecahkah Melayu? Sejak bila Melayu berpecah? Apa yang pecah? Kenapa Melayu berpecah? Siapa yang pecahkan dan bagaimana Melayu berpecah?
Mitos perpecahan Melayu ini perlu segera dihentikan bagi mengelakkan bangsa kita ditertawakan bukan Melayu? Jangan sampai bangsa kita jadi bahan sendaan orang luar bahawa tahap intelektualisma Melayu begitu cetek sehingga begitu mudah diperbudakkan. Jangan hanya kerana tongkang pecah yu kenyang berlaku dalam UMNO maka itu dianggap Melayu berpecah.
Di Indonesia sahaja ada hampir 40 buah parti politik dan apakah mereka menjerit-jerit ketakutan tentang perpecahan bangsa Indonesia? Di Thailand ada 10 buah parti politik tetapi sekalipun tidak kedengaran kata-kata bangsa Thai berpecah dan amaran tentang bahayanya perpecahan bangsa Thai.
Lebih meriah adalah di India terdapat ratusan parti-parti politik tetapi apakah mereka menakut-nakutkan bangsa mereka tentang bahaya perpecahan?
Malah di Jepun yang maju itu pun terdapat lima buah parti politik dan tidak ada yang bising-bising mengenai perpecahan bangsa Jepun hanya kerana berbeza ideologi dan parti politik yang dipilih. Di Jepun terdapat Parti Komunis tetapi tidak wujud pertelingkahan disebabkan memilih parti berlainan. Jepun sering bertukar Perdana Menteri (PM) tetapi bukan disebabkan perbalahan berbeza ideologi dan parti, tetapi kerana jika pemimpin terpalit dengan isu rasuah dan skandal memalukan, tanpa dipaksa mereka akan undur diri tidak seperti di negara sendiri.
Sekiranya isu sembahyang dua imam dianggap sebagai perpecahan, sila renung kembali puncanya bukan disebabkan berlainan parti tetapi 'ketaksuban' melampau terhadap pemimpin dan gagal mendalami agama dengan sebenar-benarnya. Jangan jadikan itu alasan untuk menakut-nakutkan rakyat tentang bahaya berada dalam parti selain UMNO dan politik naungan yang selama ini sudah sebati dalam parti.
Di negara lain mereka meraikan perbezaan pandangan dan amat akur dengan prinsip 'bersetuju untuk tidak bersetuju'. Bagi mereka, itulah fitrah manusia apabila Allah menjadikan manusia berbagai-bagai bangsa yang memiliki wajah dan jasmani yang berbeza-beza di antara mereka sesama bangsa dan juga di antara bangsa-bangsa yang lain, orang Melayu berbeza fizikalnya dengan orang Cina, India, Siam, Arab dan lain-lain.
Orang Melayu sesama Melayu pula berbeza wajahnya sesama mereka, walapun berasal dari satu bangsa, demikian juga dengan bangsa-bangsa lain, bukan sahaja wajah atau muka malah suara, bahasa yang digunakan, makanan, pakaian dan lain-lain aspek pun berbeza, semuanya ini adalah untuk menyenangkan manusia berkenalan sesama mereka. Sekiranya wajah dan warnanya serupa tentulah menyusahkan mereka mengenali di antara satu sama lain yang sama-sama hidup di dalam masyarakat yang begitu besar. Inilah Maha Bijaksananya Maha Pencipta iaitu Allah Tuhan sekalian alam.
Di Malaysia sendiri kaum Cina mempunyai berbagai parti politik termasuk MCA, PGRM, DAP dan tidak kurang yang menyertai PKR. Begitu juga kaum India yang menyertai MIC, PPP dan IPF. Kaum Cina tidak menjadikan isu perpecahan kaum Cina dan India pula berpecahnya India. Tetapi kenapa dengan Melayu?
Apakah bangsa Melayu begitu naif, minda lemah, otak udang dan kaki bodek seperti yang selalu disebut oleh bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan? Jangan kita rendahkan harakat dan martabat bangsa sendiri sehingga nanti dilabel gagal memahami erti demokrasi dan politik.
Politik dan demokrasi bukan sahaja berlaku lima tahun sekali untuk tujuan pilihanraya. Kanak-kanak tadika pun mampu berfikir lebih jauh dari kita yang tidak serik-serik memperbodohkan diri sendiri dan bangsa Melayu walaupun lidah berbelit-belit menjerit 'Hidup Melayu'.
Kata Soe Hok Gie (Aktivis Indonesia Tionghoa 1942-1969), "Kita seolah-olah merayakan demokrasi, tetapi memotong lidah orang-orang yang berani menyatakan pendapat mereka yang merugikan pemerintah"
Oleh:
Tuan Sani Ahmad
Bekas Ketua Cawangan Khas Perlis
Kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH SWT dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel yang AKI berikan 4 angka alhamdulillah ternyata itu benar-benar tembus. dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan-utan saya yang ada pada teman teman dan juga di BANK BRI bukan hanya itu AKI. insya allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..sekali lagi makasih banyak ya AKI. bagi saudara yang suka main togel yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI ALIH,,di no [ 0823 1366 9888 ] insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 275 jt, wassalam.
ReplyDeletedijamin 100% jebol saya sudah buktikan sendiri.
Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!
1"Dikejar-kejar hutang
2"Selaluh kalah dalam bermain togel
3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel
4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat
5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
tapi tidak ada satupun yang berhasil..
ATAU
KLIK BOCORAN ANGKA GAIB 2D 3D 4D
Solusi yang tepat jangan anda putus asah.... AKI ALIH akan membantu
anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
butuh angka togel 2D 3D 4D SGP/HKG/MALAYSIA /TOTO MAGNUM/dijamin
100% jebol Apabila ada waktu silahkan Hub: AKI ALIH DI NO: [ 0823 1366 9888 ]
atau klik langsung di
angka GHOIB: singapur/ 2D/3D/4D/5D/6D/
angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/5D/6D
angka GHOIB; malaysia
angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/
angka GHOIB; laos