ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KOMEN TERHADAP RESOLUSI PAKATAN HARAPAN

Tuesday 9 January 2018

KOMEN TERHADAP RESOLUSI PAKATAN HARAPAN


1) Peliwat banduan nak dinobat jadi PM?
Sekadar nak ingatkan yang 3-0 hakim putuskan di peringkatt mahkamah rayuan & 3-0 hakim putuskan sebelum boleh masuk mahkamah persekutuan, dan akhirnya 5-0 hakim mahkamah persekutuan buat keputusan. Jumlah 11 hakim bersetuju & sahkan Anwar memang telah meliwat Saiful. Boleh ke Agong nak ampunkan?

2) 93 tahun umur yang dah 22 tahun jadi PM nak jadi lagi?
Gila kuasa tahap tertinggi namanya. Cuba tanya diri masing2. Ada ke lagi ahli keluarga umur 93 thn di rumah anda? Jika ada, apa keadaan mereka itu?

3) Kemudian suami konon bakal jadi PM, isteri pula TPM?
TS Muhyiddin yang disebut sebelum ini dijanji jadi PM jadi apa? Kesian.. Tertipu. Boboi pun mesti nak jadi PM juga. Anwar pula tak dibenar bertanding 5 tahun lepas keluar penjara. Politik negara akan jadi tak stabil. Habis ekonomi negara. Rakyat yang sengsara.

4) Mansuh GST kembali kepada SST?
GST 6% tetapi ketika SST cukainya 10% untuk banyak barang.
Ada GST jadi 0% zero rated kepada barang yang SSTnya 5%. Kembali kepada SST maksudnya menaikkan semula cukai. Jangan terkeliru.

GST juga boleh elakkan penipuan cukai. Itu antara sebab berlaku sabotaj harga kerana peniaga kumpulan tertentu marah. Jika kembali kepada SST maka sukalah peniaga kumpulan tertentu itu sebab boleh tipu cukai semula. Rakyat akhirnya jadi mangsa kerana hasil menjadi kurang untuk dikembalikan kepada mereka.

5) DAP cuma tanding 35 kerusi? 
Nampak macam sikit. Sebab sengaja mereka nak tunjuk begitu. Ini tak campur Sabah & Sarawak yang DAP pasti akan bertanding juga. Hakikatnya kerusi pembangkang dalam Parlimen sekarang, DAP ada 37 kerusi, PKR 28, PAN 6 & PPBM cuma 1. DAP yang paling banyak menang & mereka yang kuasai politik PAKATAN HARAPAN dari belakang sebenarnya. 

Jangan terkeliru.

No comments:

Post a Comment