ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TUN M SEMEMANGNYA SEORANG TUA YANG KECEWA, PEMARAH DAN PENDENDAM !!!

Friday 12 January 2018

TUN M SEMEMANGNYA SEORANG TUA YANG KECEWA, PEMARAH DAN PENDENDAM !!!

• ketika dia menyerahkan "kuasa" kepada Paklah pada tahun 2003, ketahuilah bukan sebab dia yakin Paklah boleh menggantikan tempatnya. Dia sebenarnya tidak mahu melepaskan apa² pun namun dia terpaksa selepas menyaksikan gelombang reformasi 1998 tidak menunjukkan tanda² akan terpadam, dan dia sgt risau momentum PRU1999 akan menyebabkan kekalahan Umno BN lebih teruk pada PRU2004. Maka jalan selamat ialah menyerahkan kuasa kpd timbalannya yg "lebih tampak Islamik" dan "mampu menjadi faktor pendamai". Strategi tu berjaya.

• namun Mahathir kecewa bila Paklah enggan tunduk sepenuhnya kpd kehendaknya. Kroni² Mahathir tidak dijaga dgn baik (Paklah ada kroninya sendiri juga) dan kemunculan mendadak KJ (menantu Paklah) dilihat Mahathir sebagai mampu menggugat kemaraan anaknya sendiri dalam hirarki Umno.

• Lalu dia melancarkan "coup d'etat 1.0" utk menyingkirkan Paklah. Strategi Mahathir ialah melahirkan penentangan kepada Paklah dr dalam Umno itu sendiri. Mahathir keluar Umno, player² Mahathir buat kerja dalaman sabotaj parti, dan PRU12 menyaksikan Umno BN dihentam lebih teruk berbanding 1999. Mahathir berjaya, Paklah diturunkan. Najib - hand picked by Mahathir sendiri - naik jd PM.

• sekali lagi dia kecewa. Mahathir gagal memaksa Najib menaikkan Mukhriz menjadi Ketua Pergerakan Pemuda Umno - KJ berjaya kekal menjadi ketua - dan bila Mukhriz disingkirkan dr jawatan MB Kedah, "revolusi" Mahathir 2.0 cuba dimulakannya semula.

• namun strategi "coup d'etat" a-la PakLah yg cuba dilakukannya ke atas Najib ternyata gagal. Dia mengharapkan Najib berjaya dihumban, namun dia menyaksikan orang²nya satu persatu sama ada dipecat, keluar dari Umno atau berpaling tadah, termasuklah dia sendiri. Dia mengharapkan Najib makin lemah, sebaliknya Najib menjadi lebih kuat dalam Umno

• walaupun dia berjaya memastikan Pkr dan Pan serta Dap akur bawah telunjuknya, dia tahu sebenarnya dia sgt perlukan Pas, malah dia memerlukan Pas lebih drpd dia memerlukan parti² lain tersebut. Sama ada anda suka atau tidak, pool pengundi melayu iaitu market terbesar di Malaysia ni lebih memihak kepada sama ada Umno atau Pas. Parti² lain tu hanya menempel je.

• namun x seperti parti² lain, Pas lebih bijak. Mereka tahu permainan Mahathir. Mereka tahu matlamat sebenar Mahathir bukanlah utk menyelamatkan Malaysia namun lebih kpd menyelamatkan dirinya dan anak beranak serta kroninya sendiri. 

• diburukkan keadaan, pimpinan parti barunya sendiri ramai yg keluar parti selepas menyedari mereka memang tidak akan ada masadepan dalam sebuah parti yg diwujudkan hanya utk satu purpose - memberikan platform utk Mahathir kembali berkuasa. 

• maka semua ini menjadikan Mahathir amat kecewa. Kekecewaan itu mencetuskan kemarahan yg sgt dahsyat. Masakan tidak, dia terus labelkan bekas pimpinan parti barunya yg keluar sebagai "sampah" dan yg terkini, dia label TGHH sebagai "kafir" kononnya sbb "bekerjasama dgn Umno yg dikafirkannya dulu" (bila masa TGHH kafirkan Umno ntah).

• dan kita mmg tahu, Mahathir ni pendendam. Tanya sahaja rakyat Kelantan yg dinafikan segala jenis hak dan bantuan sebaik sahaja Pas menang negeri tersebut pada tahun 1990, atau rakyat Terengganu yg terus direnggut royalti minyak dari tangan mereka sebaik sahaja Pas menguasai negeri Darul Iman itu pada tahun 1999. Dendam dan amarah Mahathir ini tiada bertepi, dan tidak pernah berkurangan seiring usianya.

Mahathir sememangnya seorg yg kecewa, pemarah dan pendendam. dan orang seperti ini sgt bahaya utk dibiarkan kembali memiliki kuasa.

No comments:

Post a Comment