ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: WAJARKAH AZMIN, ZURAIDA, HIZWAN, AMINOLHUDA DAN HATTA DIPECAT ???

Friday 12 January 2018

WAJARKAH AZMIN, ZURAIDA, HIZWAN, AMINOLHUDA DAN HATTA DIPECAT ???

SAYA tertanya-tanya bagaimanakah pemimpin PKR Selangor boleh menggunakan konsep 'bersetuju untuk tidak bersetuju' dalam isu pencalonan Tun M sebagai PM. Memetik kenyataan Hizwan Ahmad selaku Ketua Biro Komunikasi PKR Selangor seperti yang dilaporkan media semalam bahawa pihaknya 'bersetuju untuk tidak bersetuju' dengan pengumuman menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon PM Pakatan Harapan.

Bukankah ketika Rafizi menjawat jawatan SUA PKR pada tahun 2016 lagi, beliau telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut:

"Pakatan Harapan tidak lagi akan 'bersetuju untuk tidak bersetuju' dan mana-mana parti yang melanggar konsensus gabungan itu akan dipecat, 'bersetuju untuk tidak bersetuju' tidak lagi menjadi prinsip Pakatan Harapan."

Jika prinsip ini terpakai, maka PKR seharusnya terlebih dahulu memecat Zuraida dan Hizwan jika PKR benar-benar ikhlas dalam mendokong prinsip baru Pakatan Harapan seperti yang diucapkan Rafizi pada awal tahun 2016 yang lalu.

Malah satu lagi persoalan yang timbul adalah pendirian DS Azmin Ali sendiri terhadap kenyataan demi kenyataan dari pemimpin-pemimpin bawahannya di negeri yang ditadbirnya itu. Diam bermakna DS Azmin sendiri merestui desakan itu dan seharusnya Pakatan Harapan mengambil tindakan yang sama terhadap DS Azmin.

Tidak ketinggalan juga satu tindakan yang sama terhadap pemimpin PAN yang menentang pengagihan kerusi yang diumumkan pemimpin Pakatan Harapan di Konvensyen mereka dua hari yang lalu.

Jika prinsip ini tidak diangkat secara serius oleh Pakatan Harapan, maka rakyat boleh menafsirkan bahawa kenyataan Rafizi berkenaan prinsip Pakatan Harapan itu adalah omongan kosong semata-mata. Maka prinsip-prinsip lain yang diangkat Pakatan Harapan pada hari ini juga boleh dipersoalkan.

Ayuh sama-sama kita saksikan sama ada Pakatan Harapan yang dipengerusikan Tun Mahathir serius dan tegas dalam mendokong prinsip-prinsip yang mereka ucapkan itu atau polemik ini hanyalah satu lagi sandiwara murahan untuk memancing undi dan sokongan Rakyat pada gabungan itu.
HARAKAHDAILY

No comments:

Post a Comment