ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: AKHIRNYA FELDA DAPAT SEMULA TANAH JALAN SEMARAK

Thursday 18 January 2018

AKHIRNYA FELDA DAPAT SEMULA TANAH JALAN SEMARAK

Kes tanah Felda di Jalan Semarak,Kuala Lumpur bernilai RM270 juta yang diragui dipindah milik dan sedang dibangunkan untuk projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) nyata terus jadi bahan perhatian panas.
Jenuh Pengerusi Tan Sri Shahrir Samad berdepan dengan pelbagai soalan dalam sidang akhbar di Menara Felda petang Isnin untuk umum khabar baik pasal isu itu.
Setelelah melalui hari-hari yang getir sejak isu itu didedahkan pada hujung tahun lalu Felda akhirnya sudah dapat balik pemilikan keatas tanah yang terletak sebelah bangunan ibupejabat Felda lama dari Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB), tanpa melibatkan apa-apa kos.
Pemilikan semula hak milik kesemua 16 plot tanah, yang melibatkan empat transaksi jual beli dilakukan pada Disember 2015 dan November 2016, diperoleh menerusi perjanjian persefahaman yang ditandatangani antara Felda dan SPSB di ibu pejabat Felda tengahari Isnin.
“Pihak pemaju telah secara sukarela bersetuju untuk mengembalikan hak milik tanah itu kepada Felda tanpa kos dan telah menyerahkan kesemua surat hak milik hartanah tersebut untuk didaftarkan semula ke atas nama Felda,” katanya.
Sekalipun bab itu sudah beres…namun Shahrir juga umum Felda tidak akan tarik balik laporan polis yang dibuatnya dan juga kerja-kerja oleh pihak audit luar keatas hal itu akan jalan terus.
Ini bagi menentukan soal salah laku.
Serentak dengan itu Pengerusi Felda itu menafikan dakwaan setengah pihak kononnya pendedahan mengenai isu tanah Felda Jalan Semarak itu satu lakonan Barisan Nasional untuk pilihanraya umum ke 14.
Katanya Felda dibawahnya akan mengekalkan integriti dan akan kembali ke asal asas penubuhan agensi itu.
“Kita tidak akan sapu apa-apa dibawah meja pasal Felda,”tegasnya.
Beliau menjelaskan pembangunan projek KLVC  yang sedang dilaksanakan di tanah itu akan tetap diteruskan kerana pihak pemaju telah memperoleh perintah pembangunan sebelum transaksi tukar hak milik tanah dilakukan.
Menurutnya semua perkara berhubung projek KLVC bergantung kepada perjanjian pembangunan yang telah ditandatangani antara anak syarikat Felda, Felda Investment Corporation (FIC) dan SPSB pada Jun 2014.
“Kita perlu asingkan soal pemilikan tanah dan juga hal projek pembangunan di tanah itu kerana jika apa-apa berlaku kepada syarikat pemaju, kepentingan Felda ke atas tanah terjamin dan tidak akan pergi bersama (tergadai),” kata Shahrir.

No comments:

Post a Comment