ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: ADAKAH INI STRATEGI MAKAN TUAN ???

Thursday 11 January 2018

ADAKAH INI STRATEGI MAKAN TUAN ???

Kita jangan terlalu ghairah kerna kerusi yang PAN terima hanya 27 berbanding dengan parti yang belum ada masyuarat cawangan lagi . PPBM telah diberi hak untuk bertanding lebih dari 50 kerusi. Kalau dilihat dan direnung betul betul,memang ada udang disebalik mee!!

Apa sebenar percaturan Abang besar Komtar (DAP) didalam hal ini.
Walaupun DAP bertanding hanya 35 kerusi Parlimen akan tetapi 31 kerusi itu mereka telah yakin menang dan telah sedia ada  berbanding dengan Parti Bersatu, yang belum ada mana mana kerusi yang pernah mereka menang kecuali Pagoh yg itu pun mng atas tiket BN. 

Yang kedua nya jika katapun dari 52 kerusi yang diberikan pada parti Bunga , keyakinan mereka untuk mencapai kemenangan mudah adalah  sangat berat. Apatah lagi dengan kawasan kawasan  yang mereka akan bertanding. Boleh dikatakan kalau pun mereka boleh mendapat 10 kerusi , itu dah cukup terbaik bagi parti yang baru nak bernafas diair yang keruh ini..

Bagaimana pulak dengan PAN. Walaupun mereka diberi ruang dan peluang untuk bertanding hanya 27 kerusi, jangan terkejut kerna mereka mungkin membuat kejutan dan dapat peluang untuk memenangi diantara 10 hingga 15 kerusi kerna tempat yang diberikan kepada mereka untuk bertanding adalah pengundi cina melebihi melayu dan diatas kertas mereka yakin yang pengundi cina akan berpihak kepada mereka..

Oleh itu, katakan saja 31 kerusi DAP yang mereka menangi dicampur dengan 15 kerusi yang akan dimenangi plak oleh PAN,bermakna Parti adik abang ini telah dapat 46 kerusi Parlimen..!!

Nampak dah kah sekarang percaturan DAP dalam merangka strategi untuk memenangkan mereka dan menjadi King maker didalam gabungan Pakatan Harapan kelak. 

Apapun yg akan terjadi sekarang , jika percaturan ni menjadi kenyataan Dap akan jadi dominan dalam Pakatan harapan. Namun tidak mustahil juga percaturan ini boleh dibakul sampahkan jika pengundi yang akan mengundi nanti dapat menghidu kelicikan strategi Puak DAP ini.

No comments:

Post a Comment