ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: AHLI PARLIMEN DAP MAHU KERAJAAN "HALALKAN" AMALAN LGBT

Friday, 19 January 2018

AHLI PARLIMEN DAP MAHU KERAJAAN "HALALKAN" AMALAN LGBT

Di dalam PERLEMBAGAAN MALAYSIA telah tertera AGAMA ISLAM sebagai agama RASMI Malaysia. Secara tidak langsung ia memperuntukkan bahawa masyarakat ISLAM dikenalpasti dan sekiranya seseorang itu bertindak untuk keluar ISLAM perkara tersebut perlu dibawa ke mahkamah Syariah sebagai satu proses kawalan supaya tindakan meninggalkan ISLAM tidak berlaku sewenang-wenangnya.

Ini bagi mencerminkan kerajaan yang dipilih rakyat sebagai penjaga (custodian) kepada agama Islam yang telah diwartakan dalam PERLEMBAGAAN MALAYSIA sebagai AGAMA RASMI dan mengiktiraf bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam. Istilah yang telah menjadikan DAP seperti cacing kepanasan.

Dalam kepelbagaian cara DAP terus cuba merendahkan martabat Agama Islam agar ianya  setaraf dengan fahaman agama yang lain . Tentangan DAP dalam isu berkaitan Islam bukan sahaja dalam bab hukum malah ianya melibatkan perkara yang tidak boleh diamalkan dalam Islam.
Usaha untuk mengejar taraf kesamarataan yang diperjuangkan oleh DAP yang giat dilakukan dan ianya tidak pernah sama sekali luntur terus diserapkan kedalam minda penyokong dan kepimpinan mereka agar menjadi sebahagian dari tentera yang bersama DAP menolak kemuliaan Islam.
Penyokong Melayu Islam kini tidak lagi melihat bahawa martabat Islam itu perlu dipertahankan dan perlu diasingkan dalam politik yang akan membawa Islam ke lembah yang amat  menjijikkan. Mereka dikalangan pembangkang sudah tidak pedulikan semua itu. Bagi mereka politik DAP adalah segalanya.
Tidak pernah terdetik Melayu Islam di mana mana penyokong DAP yang berani bersuara untuk melakukan penentangan terhadap penghinaan yang dilakukan. Bagi  mereka DAP adalah lebih mulia dari Islam.
Hal ini telah dapat dibuktikan bagaimana Islam telah dihina di Pulau Pinang melalui Penang Institute pada malam 24hb Ogos 2016 apabila kebebasan diberikan kepada golongan BUKAN ISLAM mengupas dan membuat rumusan tentang tajuk ISLAM NUSANTARA-ADA APA DENGAN NAMA.
Tidakkah Penang Institute mempunyai sedikit rasa hormat kepada umat Islam di Pulau Pinang apabila mengadakan forum tentang ISLAM, tidakkah ada sarjana Islam dari pihak Majlis Agama Islam Pulau-Pinang atau badan-badan pertubuhan ISLAM dijemput bagi berkongsi platform yang membincangkan tentang ISLAM ?
Rakyat Pulau Pinang sedar tentang agenda sebenar Penang Institute yang mempelopori agenda ISLAM LIBERAL dan sedang berusaha keras untuk meliberalkan fahaman Islam yang dipegang oleh umat Islam selama ini menjadi satu anutan yang akan bertoleransi dalam hal hal yang terlarang.
Bukan itu sahaja telah banyak kali isu penghinaan ini dilakukan dan secara  umumnya Melayu Islam penyokong DAP bekerjasama bersama sama meruntuhkan kemuliaan Islam di Malaysia.
Baru baru ini Ahli Parlimen DAP yang mewakili kawasan Klang, YB Charles Santiago telah mendesak kepada Kerajaan Malaysia agar memansuhkan semua undang-undang dan peraturan-peraturan yang mendiskriminasi golongan transgender di Malaysia.
Turut dikaitkan bersama ialah agensi-agensi agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) agar berhenti menangkap golongan mak nyah sewenang-wenangnya.
Dalam ertikata yang lain Ahli Parlimen DAP ini berharap agar kegiatan yang tidak bermoral dan merosakkan bangsa ini agar terus dibenarkan berlaku dalam Malaysia. Ini adalah cara nya bagaimana DAP cuba menghasut anak muda agar terus menolak larangan agama dalam isu tidak bermoral.
Menurutnya lagi, perbuatan diskriminasi terhadap kaum LGBT seperti penyuntingan adegan gay dari filem Beauty and the Beast telah menjadikan Malaysia negara yang merbahaya bagi kaum LGBT.
Harus diingatkan ini bukan satu tindakan yang dinamakan diskriminasi bersistematik terhadap lesbian, gay, biseksual dan terutamanya komuniti transgender. Namun ianya lebih kepada menjurus kepada isu berkaitan kerosakan bangsa dan anak muda dan  akan terjebak dengan pelbagai penyakit merbahaya akibat akitiviti tidak bermoral ini.
Jika perkara ini dibiarkan secara berterusan menjadikan Malaysia sebuah tempat berbahaya untuk didiami dan rakyat akan  berada didalam lingkungan ancaman pernyakit yang merbahaya.
Namun, bagi DAP itu semua ianya dianggap sebagai alasan semata mata. Ini adalah kerana  pada jiwa mereka tidak ada nilai nilai untuk menjaga kepentingan dan keselamatan rakyat dan politik  adalah segalanya bagi mereka.

No comments:

Post a Comment