ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PERCATURAN MERUGIKAN PPBM DAN PAN

Saturday 20 January 2018

PERCATURAN MERUGIKAN PPBM DAN PAN

DAP fokus strateginya pikat pengundi bukan Melayu. Sebab mereka bertanding kawasan majoriti bukan Melayu.

PPBM fokus di kawasan tradisi UMNO, PAS bertanding iaitulah kawasan majoriti Melayu.

PAN pula yang sepatutnya fokus kawasan majoriti orang Islam kerana mempromosi imej sebagai 'parti Islam', nampaknya lebih selesa di kawasan bukan Melayu lebih 30 peratus. Mereka gelisah bertanding di kawasan majoriti besar Melayu.

PPBM fokusnya menarik ahli UMNO. PAN lebih fokus kpd menarik ahli PAS. PAN sangat allergik dengan ahli UMNO sehingga mengecam PAS kerana pendekatan BPMS PAS yg menggalakkan ahli PAS mendekati ahli UMNO, berbuat baik dgn mereka di akar umbi. PAS tidak bermusuh dengan ahli UMNO. PAS cuma melawan UMNO atas dasar dan prinsip.

Silapnya PPBM ialah mereka bersama dengan DAP. Mereka sasarkan orang UMNO yang sejak puluhan tahun didoktrinkan bahawa DAP adalah ancaman besar, bahaya dan musuh orang Melayu. PPBM diperuntukkan kerusi di tempat majoriti melayu dan UMNO kuat. Ini sangat jelas silap percaturan.

Ia selari keputusan kajian di Johor yg menyaksikan penolakan total apa apapun yang berkait DAP.

PAN pula sehingga kini cuma beroleh 1 peratus pengaruh di kalangan orang Melayu. Usaha menarik ahli PAS cuma berjaya kurang dari 1 peratus dari seluruh ahli PAS. Nak ajak ahli UMNO, mereka dari awal sudah menyatakan ahli UMNO tidak boleh didekati.

Tak hairan PAN cuma boleh bernyawa dengan bantuan pengaruh DAP dalam kalangan bukan Melayu.

Dan kerana itulah, PAN akan terus tunduk kepada DAP, tidak melawan, malu alah untuk memperjuangkan Islam, akan bersetuju dengan bentuk Islam yang direstui oleh DAP, dalam soal kepentingan Melayu, Institusi Raja, kuasa Sultan boleh dinilai sendiri.

DAP nyawa PAN. DAP tempat cari makan ramai pemimpin PAN. Ahli dan penyokong mereka dibawah cuma ternganga terpesona betapa 'bijaksana' dan 'profesional'nya pemimpin mereka memutarkan perkataan mereka

No comments:

Post a Comment