ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: SIDANG TERAKHIR PARLIMEN BERMULA 5 MAC

Thursday, 18 January 2018

SIDANG TERAKHIR PARLIMEN BERMULA 5 MAC

Parlimen dijangka bersidang untuk kali terakhir selama 20 hari bermula 5 Mac ini sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) diadakan.
Mesyuarat pertama bagi penggal keenam Parlimen ke-13 akan dirasmikan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V jam 10 pagi pada hari pertama persidangan bermula.
Difahamkan selepas berakhir sidang Parlimen pada 5 April, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka memohon perkenan Sultan Muhammad V untuk membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU-14.
Parlimen akan terbubar secara automatik pada 24 Jun dan PRU-14 perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran itu.
Sementara itu Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah ketika dihubungi berkata notis pemberitahuan itu sudah diedarkan kepada 222 Ahli Parlimen.

No comments:

Post a Comment