ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: REAKSI NEGATIF AZMIN ALI TERHADAP PEMILIHAN TUN M SEBAGAI CALON PM PAKATAN HARAPAN BUKTI PEMIMPIN PKR ITU TIDAK SUKA PADA DR MAHATHIR

Saturday, 13 January 2018

REAKSI NEGATIF AZMIN ALI TERHADAP PEMILIHAN TUN M SEBAGAI CALON PM PAKATAN HARAPAN BUKTI PEMIMPIN PKR ITU TIDAK SUKA PADA DR MAHATHIR

Keputusan Pakatan Harapan (PH) mengumumkan calon perdana menteri dan timbalan perdana menteri menyebabkan PKR Selangor yang dipimpin Mohamed Azmin Ali berasa kecewa dan terkilan dengan pemilihan itu.

Selain itu, PKR negeri Selangor tidak bersetuju dengan pemilihan pengerusi PH, Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri sekiranya PH berjaya mengambil alih kuasa.

Jelas di sini perbezaan pendapat mengenai pemilihan calon ini di peringkat negeri PKR membuktikan bahawa Dr Mahathir masih tidak boleh diterima di kalangan pemimpin-pemimpin PKR khususnya pemimpin di negeri Selangor.

Bagi PKR Selangor, mereka merasakan yang calon perdana menteri patut datang dari PKR sendiri dan bukannya Dr Mahathir yang terkenal dengan masalah dan skandal besar negara.

Di samping itu, kini negara sedang berdepan dengan zaman baharu jesteru golongan millenial pastinya mahu melihat seorang tokoh segar, kaya dengan buah fikiran yang berpandangan jauh dan berkesan untuk membawa negara ini keluar dari kepompong kerosakan yang telah tercipta sekian lama oleh Dr Mahathir sejak dahulu lagi. 

Oleh itu, Azmin Ali dan PKR Selangor kecewa Dr Mahathir dinaikkan semula untuk menjadi calon perdana menteri. Semestinya kedudukan nombor 1 negara itu juga diintai Azmin Ali kerana beliau juga berasakan bahawa jawatan itu layak disandangnya.

No comments:

Post a Comment