Kerajaan DAP Pulau Pinang banyak melakukan kerosakan dan penipuan terhadap rakyat negeri itu. Slogan Cekap, Akauntabiliti, Telus (CAT) yang bangga dilaung-laungkan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah pimpinan Lim Guan Eng boleh disifatkan mati. Slogan itu hanyalah satu ayat kepura-puraan buatan parti Roket itu bagi mempedayakan rakyat supaya menyokong mereka.
Jika terus memberi peluang kepada kerajaan parti Roket itu memerintah negeri Pulau Pinang, negeri yang terkenal dengan gelaran Pulau Mutiara itu akan semakin parah dan banyak malapetaka akan berlaku sehingga membuat rakyat terseksa dan menderita.
Ini kerana kerakusan kerajaan DAP hanya mementingkan kepentingan peribadi berbanding mengutamakan rakyat. Kerakusan kerajaan DAP Pulau Pinang menjual hartanah kepada pelabur dalam dan luar negara, sememangnya tidak boleh dinafikan lagi.
Namun seperti kebiasaan yang dilakukan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akan mengulangi pembohongan yang telah begitu banyak diulang-ulang olehnya, berhubung dengan jumlah tanah-tanah Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang telah dijual olehnya sejak ambil alih kerajaan pada 2008.
Guan Eng sebelum ini menafikan dakwaan telah menjual banyak tanah kerajaan negeri. Sebaliknya mengatakan bahawa Kerajaan DAP Pulau Pinang hanya menjual 106.1 ekar tanah sahaja sejak mengambil alih Kerajaan Negeri pada 2008.
Bagaimanapun, rekod yang ada menunjukkan sebaliknya. Sejak DAP mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang pada 2008 telah menjual jauh lebih banyak tanah daripada apa yang dinyatakan oleh Setiausaha Agung DAP itu.
Ini antara rekod tanah-tanah negeri Pulau Pinang yang dijual sepanjang tempoh DAP memerintah negeri:
2010 – 1.1 ekar tanah PPR Taman Manggis PPR dijual kepada KLIDC – RM11.5 juta.
2011 – 102 ekar tanah Bayan Mutiara dijual kepada Ivory Properties – RM1.07 juta – http://bit.ly/1wR7nf2
2013 – 110 ekar tanah Gurney Drive diberi kepada Consortium Zenith BUCG untuk Projek Terowong Dasar Laut – RM6.3 billion (tidak melibatkan tunai) – http://bit.ly/1BWADRA
2013 – 40 ekar tanah Batu Kawan dijual kepada PE Land – RM65.34 juta – http://tinyurl.com/l4ywb5g
2014 – 245 ekar tanah Batu Kawan dijual kepada Aspen Vision (49% dimiliki oleh Ivory Properties) – RM484 juta – http://bit.ly/1p5zEqd
2014 – 30 ekar tanah Batu Kawan dijual kepada Paramount Group – RM67 juta- http://bit.ly/1wznATj
2014 – 470 ekar tanah Batu Kawan dijual kepada Eco World – RM1.02 bilion. (Penjualan dibatalkan pada tahun berikutnya kerana tanah yang sepatutnya untuk pembinaan padang golf didapati tidak cukup luas utuk tujuan tersebut. Tanah tersebut telah di tender semula oleh Kerajaan Negeri).
2014 – 49% daripada 198 ekar tanah Batu Kawan dan 6.67 ekar tanah Bayan Lepas dijual kepada Temasek, syarikat dari Singapura – http://tinyurl.com/kdhs6uk
2015 – 20 ekar tanah di Batu Kawan dengan nilai RM30 juta kepada Jabil group, syarikat Singapura- http://www.thesundaily.my/news/1418320
2015 – 4,000 ekat tanah tebus guna kepada Gamuda (60%) dan rakan kongsi tempatan (40%) di Permatang Damar Laut – dianggarkan bernilai RM27 billion.
2015 – 6.6 ekar tanah untuk Juru Workers complex kepada syarikat Singapura, Centurion Group benilai RM10,893,225
2016 – Penjualan 49 peratus saham Tropical Island Resort Sdn Bhd (TIRSB) oleh PDC pada harga RM156 juta kepada Ideal Property Development Sdn Bhd (Ideal) – http://www.malaysiakini.com/news/362511
2017- sebidang tanah seluas 6.4 ekar di Lebuhraya Peel kepada Island Hospital pada harga RM 156 juta.
Tetapi mungkin ada lain-lain tanah yang telah dijual oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang sejak 2008 yang di luar pengetahuan. Meskipun Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang bangga melaung-laungkan mereka mengamalkan ketelusan dalam urus tadbir kerajaan negeri, namun sebenarnya tidak sama sekali berbuat demikian.
Utaranews.com
Kalau tgk jumlah keluasan tanah yang dijual tu 5229.0 ekar, maknanya keluasan Pulau Pinang dah semakin mengecil. Keluasan pulau pinang 405 batu persegi. Maknanya Penduduk melayu dah semakin terpinggir ke balik pulau dan ke seberang prai.
ReplyDelete