ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: CALON PAN LOGO DAP, "CONFIRM" ALAT POLITIK !!!

Saturday 13 January 2018

CALON PAN LOGO DAP, "CONFIRM" ALAT POLITIK !!!

SEMUA rakyat Malaysia tahu bahawa penubuhan Parti Amanah Negara (PAN) dicetuskan oleh DAP disebabkan kebencian mereka terhadap parti PAS yang enggan beralah dalam isu hudud. Bagi DAP, adalah menjadi kepantangan bagi mereka jika mana-mana komponen dalam pakatan harapan yang mereka ketuai melanggar arahan dan kemahuan parti serpihan PAP itu.
Selama ini rakyat melihat dan sedar bekenaan fakta tersebut. Apabila seorang calon PAN dikatakan mungkin akan bertanding di kerusi Parlimen yang diperuntukkan kepada DAP iaitu Ayer Hitam, dengan menggunakan logo ‘roket’ maka rakyat Malaysia kini seolah-olah mendapat bukti sahih bahawa PAN sememangnya alat politik DAP.
Kerusi Parlimen yang terletak di Johor itu merupakan kawasan penting memandangkan penyandangnya ialah Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong. Malah menurut sumber, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mengesahkannya dan berkata ia dibuat atas dasar kompromi.
Namun Timbalan Presiden PAN Salahuddin Ayub pula enggan mengulas panjang berkenaan perkara tersebut. Rafizi dan Salahuddin dikatakan terlibat dalam proses rundingan kerusi Pakatan.
Rafizi mendedahkan bahawa berdasarkan cadangan awal, DAP sedia untuk menukarkan dua kerusi parlimen kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dengan kerusi Parlimen Segamat yang ditandingi PKR pada pilihan raya umum (PRU) lalu.
Segamat juga merupakan kerusi tradisi DAP sehinggalah PRU lalu, apabila parti itu menukarkannya dengan Parlimen Gelang Patah, yang berjaya dimenangi Lim Kit Siang yang kerap bertukar kerusi memandangkan beliau tidak berkhidmat pun pada pengundi beliau yang lalu.
Pada mulanya, PAN menuntut sebahagian besar kerusi Parlimen yang ditandingi PAS – termasuk Ayer Hitam – pada PRU lalu namun sebagai kompromi, AMANAH melepaskan Ayer Hitam tetapi masih boleh bertanding di sana menggunakan logo DAP.
Secara logiknya, kenapa PAN tidak bertanding dengan menggunakan logo mereka sendiri. Namun beranikah mereka melanggar arahan Tuan Besar DAP?

No comments:

Post a Comment