ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: SILAKAN KE PARLIMEN GOMBAK TUN DR M

Monday 15 January 2018

SILAKAN KE PARLIMEN GOMBAK TUN DR M

Mudah sahaja Tun Dr M berkata:

"Azmin layak sebagai calon PM tetapi PH tidak pilih beliau (sebagai calon PM).

Saya tidak tahu jika saya layak tetapi mereka (PH) telah memilih saya."

Tun tahu terdapat keluh-kesah dikalangan penyokong PH terhadap pencalonan beliau sebagai bakal PM PH jika parti itu menang PRU nanti.

Pimpinan PKR khasnya di Selangor dan N.Sembilan kecewa kerana menganggap Azmin lebih layak.

Malah anak perempuan mendiang Karpal, Sangeet Kaur dari DAP juga protes.

Tetapi Tun tidak pedulikan suara-suara berkenaan kerana bagi beliau yang penting pimpinan tertinggi PH telah sahkan pencalonannya lantas memberi laluan buat beliau mencapai agenda peribadinya untuk berkuasa semula walau usia sudah terlalu senja.

Kerana itu layak mana sekalipun Azmin pokoknya PH telah pilih beliau dan bukannya Azmin sekaligus membenamkan harapan tokoh berkaliber PKR itu untuk melangkah naik.

Tun terlalu licik berpolitik jika tidak masakan musuh yang bertekad mahu mengkuburkan beliau dahulu hari ini boleh menjulangnya dan menobatkannya sebagai pemimpin.

Tapi Azmin juga pendekar. Baiklah kamulah yang layak lalu Azmin menawarkan (saya lihat mencabar). Silakan Tun bertanding di kerusi Parlimennya di Gombak kerana PM mesti punya kerusi Parlimen.

Azmin tahu apa bakal berlaku pada Tun jika beliau bertanding di "kubu hijau" Gombak.

Tapi Tun kan pilihan utama. Sebagai pemimpin tersohor beliau patut boleh bertanding dimana sahaja. Gombak bukan kerusi BN tapi kerusi PKR yang dimenangi MB.

Sanggupkah Tun terima tawaran Azmin itu atau tiba-tiba rasa diri tidak layak?

Saya pasti rakyat "kubu hijau" Gombak pasti "excited" jika Tun berani ke sana.

ROSLAN SMS

No comments:

Post a Comment