ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TANAH REZAB MELAYU : : KERAJAAN WAJIB PELIHARA AMANAH WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Tuesday 23 January 2018

TANAH REZAB MELAYU : : KERAJAAN WAJIB PELIHARA AMANAH WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

RAJA-Raja Melayu dalam wasiat yang disampaikan pada 1957 mahukan Tanah Simpanan Melayu berada pada nisbah sehingga 50% di tangan orang Melayu yang merupakan rakyat asal bagi negara ini.

Namun, menurut Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar pada tahun lalu, sehingga 2016, Tanah Rizab Melayu (TRM) berjumlah sekitar 4 juta hektar (2013 : 4.1 juta hektar atau 31.19%). Setelah 60 tahun negara ini merdeka pun, wasiat Raja-raja Melayu masih belum berjaya ditunaikan.

Pendedahan oleh salah seorang ahli jawatankuasa Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia (IAAM), Pn. Zaharah Sulaiman pada Konvensyen Kebangkitan Ummah baru-baru ini bahawa baki Tanah Rizab Melayu di negara ini semakin susut dan ia berpunca antaranya kerana Kerajaan membiarkan tanah ini dijual kepada bangsa asing untuk pembangunan dan Kerajaan juga tidak memulangkan (atau menggantikan) semula tanah ini, menunjukkan Tanah Rizab Melayu ini sedang diancam ‘kepupusan’.

Pembangunan adalah keperluan masyarakat pelbagai bangsa dalam negara ini. Namun, ia tidak wajar mengorbankan pemilikan dan hak rakyat asal negara ini yang telah diwasiatkan oleh Raja-Raja Melayu. Menunaikan hak adalah kewajipan pemerintah sebagaimana ditegaskan oleh Allah s.w.t. dalam surah an-Nisa' ayat 58:

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا

"Sesunguhnya Allah menyuruh kamu menunaikan amanah-amanah kepada yang berhak..."

Kerajaan perlu segera bertindak membetulkan kesilapan ini. Amanah ini perlu segera disempurnakan. Kerajaan mesti mengambil tindakan segera yang lebih berkesan, komprehensif dan bersepadu bagi menangani isu penyusutan keluasan dan pembangunan Tanah Rizab Melayu di negara ini.

No comments:

Post a Comment