ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: "KONSESUS' GANTI 'AGREE TO DISAGREE"

Wednesday 10 January 2018

"KONSESUS' GANTI 'AGREE TO DISAGREE"

Pakatan Rakyat berpecah kerana konsep 'AGREE TO DISAGREE' di mana PAS berpegang dengan konsep yang telah di persetujui dalam Pakatan Rakyat dan di katakan kerana kedegilan PAS mahu membawa Private Members Bill ke Parlimen bagi meminda Akta 355 telah menyebabkan berkuburnya Pakatan Rakyat, maka Pakatan baru yang di bentuk melalui 3 parti telah membuat Perjanjian dalam gabungan Pakatan Harapan dengan konsep 'KONSESUS' iaitu persetujuan sebulat suara dalam komponen Pakatan Harapan. Jika salah satu komponen parti dalam Pakatan Harapan tidak bersetuju dengan keputusan tersebut maka ia mestilah di bawa ke dalam mesyuarat Pimpinan Pakatan Harapan.

Tiada lagi istilah 'AGREE TO DISAGREE' (setuju untuk tidak bersetuju) dalam kerangka kerja gabungan Pakatan Harapan. Yang ada hanyalah keputusan yang akan di buat secara 'KONSESUS' iaitu keputusan sebulat suara melalui mesyuarat Pimpinan dalam Pakatan Harapan.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli serta Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke dan Setiausaha Organisasi Parti Amanah Suhaizan Kaiat membentangkan tujuh fasal dalam Perjanjian Pakatan Harapan di Pusat Konvensyen Shah Alam.

Terdapat tujuh fasal dalam perjanjian berkenaan yang menyentuh perkara-perkara seperti 
1. prinsip dalam membuat keputusan bersama                               2. Pembinaan kesatuan politik
3. Prinsip penyelesaian pertikaian
4. Dasar bersama
5. Perjalanan pilihan raya
6. Perjalanan kerajaan dan pembangkang
7. Perlanggaran dalam kerjasama

Cakap memang mudah tapi nak melaksanakannya tidak semudah apa yang mereka ungkapkan dalam Konvensyen Pakatan Harapan tersebut.

Tengok saja apa jadi dengan parti Amanah Johor?
Sampaikan mahu memboikot Konvensyen Pakatan Harapan kerana tidak berpuas hati dengan pembahagian kerusi di negeri itu sehinggakan keluar dari mulut Pengerusi AMANAH Johor Aminolhuda Hassan "Kami minta lima kerusi parlimen, tetapi dapat dua sahaja, Jadi kami rasa tak perlu datang. Semua pemimpin AMANAH Johor tak datang," dan bukan setakat di Johor sahaja, ini termasuk Perak dan yang terbaru Dr Hatta melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan kerana tidak berpuas hati dengan pembahagian kerusi.

Adakah prinsip dalam Perjanjian Pakatan Harapan telah di buang ke tong sampah dan di manakah 'KONSESUS' yang di uar-uarkan sehingga pecahnya Pakatan Rakyat kerana slogan AGREE TO DISAGREE?

Episod yang baru bermula tidak akan berhenti setakat itu sahaja. Kita tengok episod seterusnya sehingga Pakatan Harapan berpecah kerana sabotaj dari ahli parti masing-masing yang tidak berpuas hati dengan pembahagian kerusi dan akan ada sabotaj masa antara petugas parti sesama sendiri semasa pilihanraya umum ke-14 nanti.

No comments:

Post a Comment