ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PPBM DIRAMAL AKAN KALAH TERUK DALAM PRU14

Sunday 14 January 2018

PPBM DIRAMAL AKAN KALAH TERUK DALAM PRU14

PEMBANGKANG yang diketuai DAP mengambil langkah salah sekali lagi apabila mencalonkan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM) sebagai perdana menteri sementara pilihan mereka.
PPBM juga diramalkan akan kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum ke 14 yang akan berlangsung bila-bila masa saja lagi. Malah 95% dari kerusi yang akan mereka pertandingkan dijangka kalah.
Sebagaimana yang kita tahu, PPBM gagal membentuk cawangan-cawangan yang sepatutnya. Dengan itu, asas parti tersebut dilihat berada dalam keadaan rapuh.
Ditambah pula dengan tindakan pembangkang yang dipimpin DAP mencalonkan Mahathir turut dilihat sebagai langkah terdesak sehingga sanggup menamakan lelaki yang berusia hampir 100 tahun sebagai calon pilihan maka peluang PPBM dilihat hampir tiada.
Dahulu pembangkang mendakwa Mahathir diktaktor namun diktaktor tersebut jugalah yang mereka calonkan.
Pakatan pembangkang diketuai DAP heboh berebut jawatan walaupun kemenangan dilihat mustahil menjadi milik mereka. Mungkin itu juga antara sebab mereka mencalonkan Mahathir kerana menyedari yang mereka tidak akan menang dalam PRU14.
Ramai penganalisis berpendapat pemilihan itu akan hanya memudahkan BN untuk menang pada pilihan raya umum akan datang. Pakatan pembangkang selama bertahun-tahun memperkatakan mengenai reformasi dan peluang kepada golongan muda lebih kepada retorik semata-mata.
Rupa-rupanya itu satu lagi penipuan jelas mereka. Malah agak melucukan untuk melantik Mahathir sebagai perdana menteri dan mengharapkannya melaksanakan pembaharuan.
Mahathir dilihat tidak sinonim dengan inisiatif pembaharuan (reformasi) yang diumumkan pakatan pembangkang, Ianya merupakan langkah strategik yang teruk.
Akhirnya, pakatan pembangkang memilih seseorang yang mereka panggil sebagai orang paling korup di Malaysia sebagai calon Perdana Menteri pilihan.

No comments:

Post a Comment