ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MAHATHIR KAYAKAN ANAK-ANAK SAMPAI LUPA KRJADIAN MEMALI

Thursday 4 January 2018

MAHATHIR KAYAKAN ANAK-ANAK SAMPAI LUPA KRJADIAN MEMALI


PAS menyelar Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad susulan menyalahkan para mufti sebagai punca tercetusnya peristiwa berdarah Memali di Kedah pada 1985.
Menyifatkannya sebagai tidak berasas, Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin berkata ia jelas menunjukkan mantan perdana menteri itu sudah lupa dengan kronologi sebenar kejadian 
Pada masa sama, Hashim memaklumkan bahawa Majlis Fatwa dan juga para mufti sudah memberi pandangan bahawa ‘Amanat Hadi’ sebenarnya bukan mengkafirkan orang Islam sehingga boleh mencetuskan perpecahan.
Sebaliknya, belia berkata ucapan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada ketika itu adalah menyentuh secara umum dengan berpandukan al-Quran dan sunnah.
“Tetapi hari ini, Dr Mahathir terus mengaitkan Allahyarham Ibrahim Libya dengan keganasan disebabkan amanat Haji Hadi.
“Saya lihat tidak betul langsung,” katanya.
PAS sebelum ini pernah menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Memali bagi merungkai peristiwa berkenaan.
Tambah Hashim, beliau percaya rakyat boleh menilai siapa sebenarnya Dr Mahathir ketika zaman pemerintahannya.
“Kita dapat lihat apa yang berlaku pada zamannya di mana anak dan cucunya kaya-raya,” katanya

No comments:

Post a Comment