ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PEMBANGKANG SUDAH GILA JADIKAN TUM M CALON PM PAKATAN HARAPAN

Sunday 14 January 2018

PEMBANGKANG SUDAH GILA JADIKAN TUM M CALON PM PAKATAN HARAPAN

Pakatan Harapan (PH) disifatkan sebagai gila kerana mencalonkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri sekiranya menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Menurut Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin, ini kerana pakatan tersebut telah bersetuju untuk mengangkat seorang pemimpin yang sudah ‘pencen’ untuk mengetuai mereka.
“Saya ingat lagi di banyak tempat bila kita berhujah soal demokrasi, bila orang nak berhujah kamu kata ‘apalah pondan lawan orang pencen’.
“Sekarang ini kamu yang gila kerana bagi kuasa kepada orang yang sudah pencen,” tegasnya.
Beliau berkata demikian dalam forum ‘Adakah Mahathir Solusi Untuk Malaysia Yang Lebih Baik’ yang diadakan di auditorium Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH), Jumaat malam.
Forum itu dianjurkan Malaysia Bebas daripada Perasuah & Diktator dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).
Ahli panel lain adalah Pengerusi Biro Strategi dan Dasar PPBM, Datuk Rais Hussain; aktivis sosial, Hishamuddin Rais; penganalisis politik, Nathaniel Tan; bekas editor portal Malaysiakini, Fathi Aris Omar dan aktivis, Haris Ibrahim manakala Y Kohila bertindak sebagai moderator.
Tambah beliau yang lebih dikenali sebagai Chegubard itu, rakyat tidak dapat menerima permohonan maaf oleh Mahathir di atas ‘dosa’ yang dilakukan sepanjang pentadbirannya selama 22 tahun.
Justeru beliau menempelak Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana telah menerima permohonan maaf Mahathir.
“Kami turun ke jalanan pada tahun 1998 bukan semata-mata kerana individu bernama Anwar, tapi Anwar dilihat yang mampu melawan Dr Mahathir ketika itu.
“Tapi dengan keputusan mengangkat Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri pakatan pembangkang, jangan rakyat pula yang tidak memaafkan Anwar,” katanya.
Selain itu, Chegubard turut berpendapat kehadiran Mahathir di dalam PH dapat merosakkan gabungan terbabit.
Ini kerana katanya, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu dilihat turut sama membawa pengaruh Mahathirism dalam pakatan itu.
“Belum pun Mahathir berkuasa, beliau sudah memijak pemikiran rakyat apabila mempertahankan sistem tol memberitahu kadar tol Malaysia masih rendah.
“Malah beliau berkata, sekiranya pakatan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) beliau mahu menubuhkan Proton yang baharu.
“Kehadiran Mahathir seperti mahu pemimpin pakatan hanya mengikut petunjuk beliau saja,” katanya.

No comments:

Post a Comment