ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: BIASAKAN TURUN NAIK HARGA MINYAK

Friday, 5 January 2018

BIASAKAN TURUN NAIK HARGA MINYAK


Datuk Seri Najib Razak berkata, rakyat perlu membiasakan diri dengan turun naik harga minyak setiap minggu, susulan pelaksanaan sistem apungan terkawal.
Seri Najib Razak berkata, situasi sama turut berlaku di negara maju yang mana harga minyak berubah setiap hari.
"Kita sudah beritahu, kita tidak mampu nak memberi subsidi pukal, sebab itu buat subsidi secara lebih fokus.
"Cuma kalau harga minyak RON95 naik sehingga RM2.50 (secara berterusan selama tiga bulan), kerajaan akan membuat sesuatu untuk membantu rakyat. Itu kita sudah bagi jaminan," katanya dalam program 'Bicara 4 Mata' bersama Datuk Aznil Nawawi yang disiarkan portal theRakyat, RTM dan TV3, pada Rabu malam.

Mekanisme pengumuman harga minyak secara mingguan mula berkuat kuasa 29 Mac tahun lalu.
Harga petrol dan diesel diletakkan di bawah sistem apungan terkawal secara bulanan sejak 1 Disember 2014, berikutan penghapusan subsidi minyak.

No comments:

Post a Comment