ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PROJEK TEROWONG BAWAH LAUT : SATU KEBIMBANGAN

Monday 15 January 2018

PROJEK TEROWONG BAWAH LAUT : SATU KEBIMBANGAN


Berbuih-buih Guan Eng nak konar statement dia tentang terowong bawah tanah.

Hock Seng dalam Sidang Dun tahun lalu, lain pula. Hock Seng menyatakan bahawa RM208 juta itu adalah hasil pemberian milik tanah 1.49 hektar di Lot 702 dan 0.8 hektar di Lot 713 Bandar Tanjung Pinang kepada kontraktor, sebagai bayaran Kajian Keboleh laksanaan dan Rekabentuk Terperinci tiga lebuhraya.

Lim Guan Eng semalam berkata, kerajaan negeri tidak membuat sebarang bayaran ke atas laporan keboleh laksanaan bagi pembinaan terowong dasar laut di negeri ini.

Tambahnya, pembayaran RM208 juta secara pertukaran tanah itu dibuat untuk laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) bagi projek tiga lebuhraya dan bukannya untuk laporan keboleh laksanaan projek tersebut,).

Lagi teruk.., untuk EIA saja kena bayar RM208juta. Dah macam nak buat sebuah makmal lengkap dgn peralatan kajian. Akautibiliti la sangat. 

Yang lebih pelik walaupun dah dibayar tapi laporan berkenaan EIA ni belum diserahkan kepada jabatan kerja raya dengan alasan 93% saja.

Yang ni betul-betul tak faham, yang buat kajian adalah Jabatan Alam sekitar, yang dapatt bayaran konsortium, dalam bentuk laporan saja pula tu, cuba cerita  sikit bagi rakyat malaysia faham, game apa yang sedang Guan Eng mainkan?

No comments:

Post a Comment