ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: FASIK - DOSA BESAR TERHADAP ALLAH SWT

Thursday 4 January 2018

FASIK - DOSA BESAR TERHADAP ALLAH SWT

💡 Khulasah Kelas 35 – Ayat Baqarah 27 💡

FASIK 

Fasik ialah mereka yang keluar daripada ketaatan kepada Allah. 

Apakah “La ilaha il Allah. Muhammad ur Rasulullah.”? 

Adakah ia sekadar ucapan? Tidak sama sekali. Ia itulah PERJANJIAN yang telah kita ikat dengan Allah dan Rasul. Untuk mengamalkan tauhid dan meninggalkan syirik. 

Di dalam “Kerajaan Maha Agung Allah Ta’ala” ini, kita ini hanyalah hamba. 

Maka, sebagai hamba kita WAJIB taat kepada PERATURAN, UNDANG-UNDANG dan ARAHAN RABB! 

Lalu, adakah patut? Layakkah kita? Berkuasakah kita untuk keluar daripada ketaatan kepada TUHAN SELURUH ALAM? 

Maka, apabila kita telah mengakui bahawa kita ini akan mengikut PERATURAN, UNDANG-UNDANG dan ARAHAN RABB, sangat bodohnya kita untuk berani untuk tidak taat kepada Allah. 

Tanya diri sendiri sekarang juga, semasa kau sedang membaca tulisan ini – adakah kau seorang yang taat kepada Allah? 

ATAUPUN FASIK? 

Allahu a’lam.

No comments:

Post a Comment