Dulu mereka ini lah yang konon nya berjuang menentang kezaliman. Mereka yang dimaksudkan itu adalah Kit Siang, Guan Eng, Kak Wan, Azmin, Md Sabu. Kononnya banyak kezaliman yang dibuat oleh Dr Mahathir sehingga mereka gelar Dr Mahathir sebagai mahazalim dan mahafiraun. Mereka hambat Dr Mahathir bertahun-tahun yang akhir nya Dr Mahathir tunduk kepada tekanan mereka dan meletakkan jawatan. Mereka jadikan Manifesto PRU13 untuk mendakwa Dr Mahathir 24 jam selepas menang PRU.
Kini setelah Dr Mahathir berhenti jadi PM, geng yang sama juga lah yang mahu meletakkan semula Dr Mahathir menjadi PM. Beriya iya mereka berjuang mahu memastikan Dr Mahathir kembali menjadi pemimpin nombor wahid negara.
Kini mereka ibarat mengunyah dan berkongsi cita rasa mahu menjadi manusia zalim seperti Dr Mahathir pula.
Apa lagi dosa-dosa yang mereka mahu Dr Mahathir lakukan ?
Tidak cukup kah pelbagai dosa besar dan kecil yang pernah dia lakukan semasa dia jadi PM.
Dari dosa kezaliman pembunuhan Memali, skandal Forex BNM sehingga kezaliman menghapuskan biasiswa Persekutuan milik orang melayu.
Tidak cukup kah 22 tahun Dr Mahathir jadi PM ? Nak di tambah lagi 5 tahun ? PM yang paling lama itu memerintah.
Tak cukup kah onar yang dia buat selama puluhan tahun dia jadi PM. Tak cukupkah berbillion ringgit dia lesapkan dalam skandal Forex BNM. Tak cukup kah berbillion ringgit projek yang dia anugerahkan kepada anak-anak nya Mirzan, Mukriz, Mokhzani, Marina dan yang lain-lain itu.
Pada usia sebaya mantan Presiden Zimbabwe Robert Mugabe 93 tahun, sepatutnya Dr Mahathir jaga cucu dan cicit dirumah, pergi ulang alik ke masjid, memegang tasbih beribadah kepada yang esa.
Pada usia selepas Isyak itu sepatut nya Dr Mahathir berusaha menemui pencipta nya secara aman.
Betul lah apa yang kaum kerabat Pak Pandir pesan, jangan kita jadi yang di kejar tidak dapat, yang di kendong keciciran.
Dulu mereka kendong Pas, mereka yang berpeluk cium dengan Pas, mereka kendong Pas berjuang ke hulu dan hilir, kini mereka telah campak kan Pas, mereka ceraikan Pas.
Mereka ingin mengejar buah yang diumpan oleh Dr Mahathir. Mereka tidak belajar dari pengalaman lalu walaupun mereka pernah rasa buah masam yang Dr Mahathir pernah lemparkan kepada mereka. Kit Siang, Guan Eng, Md Sabu dan berdozen-dozen lagi rakan seperjuangan mereka pernah merengkok dalam penjara Isa, Osa dan Akta Hasutan dihukum Dr Mahathir, itu pun mereka tidak pernah insaf betapa jahat dan zalim nya Mahathir bila dia jadi PM.
Kalau Pak Pandir itu masih hidup tentu nya dia akan konfuse dan gelak sendirian berkata-kata di dalam hati “ aku ingat aku yang tolol, rupa-rupa nya ada lagi yang lebih bahlul.”
Allah telah mentakdirkan pakatan menjadi Pakatan Pak Pandir. Tentunya rakyat tidak mahu menjadi pengikut pak pandir yang menang sorak tapi kampung nya tergadai.
Satu soalan untuk pemimpin Pakatan, adakah siasatan dan pendakwaan terhadap Dr Mahathir akan diteruskan jika Pakatan menang PRU14?
No comments:
Post a Comment