ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KEBIMBANGAN MENGENAI TEROWONG PULAU PINANG.

Tuesday 23 January 2018

KEBIMBANGAN MENGENAI TEROWONG PULAU PINANG.


Berdasarkan kepada pecahan kos melalui jawapan bertulis yang dikemukakan dalam Perhimpunan Negeri Pulau Pinang pada Mei 2017, jumlah kos rundingan bagi jalan Teluk Bahang ke Tanjung Bungah sepanjang 10.5km adalah lebih mahal berbanding bayaran bagi pembinaan terowong yang 10 kali ganda lebih rumit untuk dibina.

Jalan dua hala Teluk Bahang ke Tanjung Bungah sepanjang 10.5km dengan had laju sasaran antara 70-80km/j boleh dikatakan sebagai jalan yang mudah untuk dibina dengan 5 persimpangan di mana 80% dari jalan tersebut berada di atas tanah.

1.Bayaran RM6.34 bilion bagi laporan mengenai projek Terowong Pulau Pinang dan 3 projek jalan raya dilihat tidak masuk akal dan seperti direka-reka bagi membolehkan syarikat SPV terbabit mendapat faedah.

Ianya seolah-olah Kerajaan Pulau Pinang begitu bermurah hati dengan syarikat SPV tersebut.

2.Bayaran bagi laporan jalan sepanjang 10.5km yang menelan belanja sebanyak RM378 juta untuk dibangunkan adalah RM120 juta. Bagaimana pun, bayaran untuk terowong tersebut hanyalah RM96 juta walaupun kos pembinaannya adalah RM3.5 bilion.

3.Jalan sepanjang 10.5km, dengan 8km di atas tanah, secara teknikalnya adalah tidak begitu mencabar pembinaannya berbanding terowong bawah laut.

4.Pembinaan jalan sepatutnya dimulakan pada tahun 2015 namun telah ditangguhkan selama 41/2 tahun sehingga ke hari ini. Pembinaan terowong pula sepatutnya dimulakan pada tahun 2023 dan dijangka siap pada 2028.

5.Daripada jumlah keseluruhan bagi kos kajian yang bernilai RM305 juta, 72% atau sebanyak RM202 juta telah dibelanjakan untuk tujuan kajian bagi pembinaan 3 batang jalan raya walaupun kos pembinaannya hanya 36% daripada jumlah keseluruhan kos pembinaan projek.
6.Kos bagi pembinaan 3 batang jalan adalah RM2 bilion. Namun kos laporan bagi 3 batang jalan ini adalah 11% daripada kos pembinaan- 400% lebih tinggi dari apa yang digariskan oleh Lembaga Jurutera.

7.Walaupun terdapat bahagian pada projek pembinaan terowong tersebut boleh dibatalkan pada kemudiannya, namun sebahagian besar dari pembayaran bagi kos perundingan telah dibayar sepenuhnya dalam bentuk tanah laut negeri yang sangat berharga.

8.Sejak tahun 2015, syarikat SPV terowong telah pun membangun dan menjual projek hartanah berjumlah RM800 juta di atas tanah bernilai RM220 juta yang telah mereka terima sebagai pembayaran bagi projek tersebut.

9.Manakala sehingga ke hari ini, belum ada sebarang pembinaan dimulakan walaupun untuk sebatang jalan. Tempoh asal pembinaan yang ditetapkan pada Januari 2015 telah ditangguhkan ke pertengahan 2019- dan nampaknya tiada sebarang penalty yang dikenakan oleh Kerajaan Pulau Pinang.
Eric See-To,

No comments:

Post a Comment