ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MAHATHIR TERDESAK MOHON SOKONGAN PAS SEBAGAI CALON PM ???

Saturday 20 January 2018

MAHATHIR TERDESAK MOHON SOKONGAN PAS SEBAGAI CALON PM ???

Mendesak PAS untuk memilih antara dirinya dan Najib sebagai calon PM bukti Mahathir terdesak dalam mengharapkan sokongan dari PAS.

Beliau nampaknya belum cukup yakin dengan kemampuan balacinya dalam DAP, PKR, Amanah dan PPBM untuk menang besar dalam PRU-14. 

Benarlah apa yang Presiden PAS sebutkan bahawa PAS bakal menjadi kuasa penentu dalam PRU-14. Tidak dinafikan bahawa Kerajaan campuran akan wujud sekiranya PH dan BN gagal mendapat minimum 112 kerusi parlimen.

Kenyataan Mahathir untuk meminta sokongan PAS ini juga membuktikan bahawa memang PAS mampu meraih sekurang-kurangnya 40 kerusi bersama Gagasan Sejahtera. Sentimen melayu - Islam yang pro PAS yang menolak bapak sekular Malaysia itu memang tidak dinafikan. Sejak dulu lagi Mahathir telah mengumpul koleksi musuh politik yang ramai dari kumpulan Islamis. PH hanya yakin menang selesa dikerusi majoriti pengundi bukan Islam. 

No comments:

Post a Comment