ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PENGAGIHAN KERUSI PH UNTUNGKAN DAP

Saturday 20 January 2018

PENGAGIHAN KERUSI PH UNTUNGKAN DAP

PENGAGIHAN kerusi parlimen Pakatan Harapan (PH) yang diumum baru-baru ini disifatkan pelbagai pihak memberi keuntungan besar kepada DAP.

Yang Dipertua Pertubuhan Kasih Anak Yatim Malaysia, Dr Zulkeflee Yaacob berkata, sekiranya diambil kira sokongan pengundi Cina kekal seperti Pilihan Raya Umum (PRU) 13 kelebihan awal berpihak kepada DAP.

“Pengerusi PH perlu refleksi terhadap suasana politik Malaysia semasa. Percaturan di atas kertas PH memberi kelebihan awal kepada DAP biar pun disebut hanya bertanding 35 di kerusi di Semenanjung.

“Sedangkan pada PRU lepas DAP bertanding di 51 kerusi termasuk Sabah dan Sarawak yang menyamai kerusi yang akan ditanding PKR pada PRU ke 14 di Semenanjung nanti,” katanya di Kota Bharu.

Pada konvensyen PH minggu lepas diumumkan pengagihan kerusi di Semenanjung di mana Parti Pribumi Bersatu Malaysia bertanding di 52 kerusi, PKR (51), DAP (35) dan Parti Amanah Negara (27).

Dr Zulkeflee yang juga seorang pensyarah berkata, perkiraan bilangan kerusi tersebut memperlihatkan sindrom celaru pengerusi PH kerana faktor usia. 

No comments:

Post a Comment