Ketidaksepakatan Pakatan Harapan (PH) dapat dilihat dengan jelas menerusi pembahagian kerusi yang diumumkan dalam Konvensyen PH pada Ahad, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Menurutnya, walaupun ia dipersetujui pada peringkat awal namun parti yang memenangi lebih banyak kerusi akan mempersoalkannya.
“Saya percaya bahawa polemik tentang perebutan perdana menteri tidak akan berakhir dengan satu pengumuman hari ini siapa yang akan menjadi perdana menteri.
“Akan dilihat siapakah parti yang akan paling banyak kerana dalam perlembagaan kita parti yang mendapat sokongan satu kumpulan yang terbesar itu tentu akan dikatakan akan menjadi perdana Menteri, “ katanya kepada media selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa ribut di Kemaman petang Ahad.
Menurut Shabery, tiada parti dominan yang menerajui PH berbanding Barisan Nasional (BN) yang mempunyai asas kukuh serta perpaduan erat parti komponennya.
PH pada Ahad menyatakan kesediaan memilih Tun Mahathir dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, sebagai calon Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri di Konvensyen Pakatan Harapan Ke-2 yang berlangsung di Shah Alam.
Pakatan pembangkang itu juga mengumumkan akan bertanding 165 kerusi di Semenanjung Malaysia dengan PPBM 52 kerusi, PKR, 51 kerusi , DAP, 35 kerusi dan Amanah , 27 kerusi.

No comments:
Post a Comment