ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: SISTEM MAID ONLINE MULA BEROPERASI

Friday, 5 January 2018

SISTEM MAID ONLINE MULA BEROPERASI


Sistem Maid Online (SMO) telah memulakan operasinya pada 1 Januari 2018 dan mula menerima permohonan dari majikan yang ingin menggajikan pembantu rumah asing (PRA) dengan memohon secara atas talian melalui capaian laman web: http://maid-online.imi.gov.my

SMO ini di sediakan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berikutan dari pengumuman #Bajet2018 oleh YAB Perdana Menteri tentang kemudahan memohon pembantu rumah asing secara atas talian tanpa perlu melalui ejen.

Sehingga jam 12 tengahari 2 Januari 2018, laman web SMO telah merekodkan seramai 25,719 pelawat. Setakat ini laman web ini dapat di akses dengan mudah dan lancar serta pelawat boleh membuat penelitian terlebih dahulu, memahami syarat -syarat serta prosedur permohonan pembantu rumah, mendapat maklumat asas dan terperinci daripada soalan lazim ditanya sebelum memulakan proses pendaftaran.

Daripada 25,719 pelawat laman web ini, seramai 702 majikan telah mendaftar masuk permohonan PRA mereka. Namun terdapat juga majikan yang tidak dapat menyelesaikan proses pendaftaran kerana mereka ini perlu melengkapkan syarat-syarat permohonan PRA mereka. 

Sepanjang tempoh SMO mula beroperasi ini, pihak jabatan telah dapat mengesan beberapa ralat dalam langkah-langkah pendaftaran semasa majikan mula memasukkan data pendaftaran. Langkah-langkah serta merta telah diambil dengan membuat penambahbaikan bagi memastikan perjalanan pendaftaran dan operasi SMO ini berjalan lancar sejajar dengan tujuan program ini CEPAT, TEPAT dan JIMAT.

SMO ini disediakan untuk kemudahan majikan yang ingin memohon PRA dengan cepat, tepat dan jimat tanpa melalui ejen. Walaubagaimanapun majikan yang memerlukan PRA dan tidak mahu menggunakan SMO, mereka masih boleh mendapatkan khidmat agensi - agensi PRA yang berdaftar. 

Majikan juga di ingatkan supaya membuat persediaan yang sepatutnya dan menyediakan dokumen yang lengkap sebelum memulakan proses pendaftaran PRA melalui SMO bagi memastikan proses pendaftaran berjalan lancar.

DATO’ SERI HAJI MUSTAFAR HAJI ALI
KETUA PENGARAH
JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

Kedaulatan Dan Keselamatan Tanpa Kompromi

Integriti Profesional Mesra

No comments:

Post a Comment