ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: LEBIH BANYAK RUMAH MAMPU MILIK UNTUK B40 & M40

Thursday, 4 January 2018

LEBIH BANYAK RUMAH MAMPU MILIK UNTUK B40 & M40


Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan untuk menambah pembinaan rumah mampu milik bagi golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus pertengahan (M40) dan berpendapatan 40 peratus terendah (B40).
Perdana Menteri berkata, harga rumah mampu milik yang sedang dan bakal dibina itu, bergantung kepada kemampuan golongan terbabit.
"Kalau kita M40, (harga) dalam kategori RM300,000 ke bawah tetapi kalau kita dalam kategori B40, dalam RM70,000, RM60,000 itulah kemampuan kita. 
"Kerajaan akan memperbanyakkan rumah mampu milik dan saya lihat sudah banyak pun berjalan, masih banyak diperlukan tetapi masalahnya hendak dapatkan tanah.
"Tanah di bandar mahal. Kita hendak dapatkan tanah dengan harga minimum (supaya) lebih mudah kita bina rumah mampu milik, terutama sekali untuk B40," katanya.
Beliau ditemubual selebriti dan pengacara terkenal, Datuk Aznil Nawawi, dalam program 'Bicara 4 Mata' yang disiarkan portal theRakyat, RTM dan TV3, malam tadi
Najib berkata, mereka yang membeli rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) hanya perlu membayar RM35,000 sedangkan kos pembinaannya sehingga RM140,000, sekali gus menikmati subsidi lebih RM100,000.
Katanya, kerajaan juga memberi perhatian terhadap usaha mempermudahkan proses memperoleh pinjaman daripada institusi kewangan, selain menerusi skim pinjaman kerajaan.
"Ia tertakluk kepada kemampuan kita dari segi had maksimum pinjaman berdasarkan pendapatan kita. Kalau kita dalam lingkungan yang boleh diluluskan, bank memang meluluskan. 
"Tetapi kalau lebih daripada kemampuan kita bayar balik, itu yang kadang-kadang tersangkut dari segi kelulusan," katanya.

No comments:

Post a Comment