ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PAN HANYA DIPERBUDAKKAN DALAM PAKATAN

Monday 22 January 2018

PAN HANYA DIPERBUDAKKAN DALAM PAKATAN


1. Hasrat PAN untuk mengambil-alih tempat PAS di dalam Pakatan Rakyat dahulu nampaknya tak kesampaian. Daripada 65 kerusi Parlimen Semenanjung Malaysia yang ditandingi oleh calon-calon PAS dahulu, PAN hanya diberikan 25 kerusi sahaja (38%), berbanding 35 yang diberikan kepada PPBM, 4 kepada PKR dan 1 kepada DAP.

2. Agihan kerusi Parlimen Semenanjung Malaysia ini menunjukkan betapa PAN diperbudak-budakkan oleh rakan-rakannya dalam PH sehingga menyebabkan pemimpin PAN meluahkan kekesalan mengenai mereka terpaksa berkorban.

3. Pengerusi PAN Johor, Aminolhuda Hasan berkata, “Hanya PAN yang sanggup berkorban untuk gabungan pembangkang tetapi parti komponen lain hanya memikirkan kemahuan sendiri. Kita korbankan satu-satunya kerusi di Wilayah Persekutuan untuk PPBM walaupun PKR ada lebih daripada 1 kerusi Parlimen di sana. 

4. Di Johor, DAP ambil alih Parlimen Ayer Hitam daripada PAN hanya kerana DAP perlu bertanding 1 kerusi lebih daripada jumlah kerusi yang akan ditandingi MCA.” Turut dibangkitkan adalah pengorbanan PAN “yang menjadi tonggak PH di Johor”, “isytihar Johor negeri barisan depan PAN” tetapi terpaksa menyerahkan Johor kepada PPBM.

5. Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Samad mendedahkan Konvensyen Pakatan Harapan hampir tidak dilangsungkan bila timbul kebuntuan di dalam agihan kerusi ekoran ketegasan semua parti mempertahankan kerusi masing-masing dan hanya selesai setelah PAN setuju menyerahkan kerusi Titiwangsa kepada PPBM.

6. Paling ketara memperbudak-budakkan PAN ialah PPBM yang membolot kedua-dua kerusi PAN di Wilayah Persekutuan dan kedua-dua kerusi PAN di Perlis sehingga PAN langsung tidak memperolehi sebarang kerusi di dua negeri ini. Dua kerusi yang PAN tandingi di dalam Pilihan Raya Kecil pada 18 Jun 2016, iaitu kerusi-kerusi P67 Kuala Kangsar dan P93 Sungai Besar, pun dirampas oleh PPBM.

7. Ketamakan PPBM ini terserlah apabila Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, menyatakan bahawa PPBM meminta diperuntukkan bilangan kerusi Parlimen paling banyak di Semenanjung, asalnya sebanyak 80 kerusi. Turut memperbudak-budakkan PAN ialah DAP yang menyerahkan kerusi-kerusi P135 Alor Gajah dan P165 Tanjong Piai kepada PPBM hanya untuk mendapatkan kerusi P148 Ayer Hitam milik PAN.

8. Semoga layanan teruk terhadap PAN dalam soal agihan kerusi Parlimen di Semenanjung mampu menyedarkan pendokong PAN betapa 'perjuangan Islam' yang cuba mereka bawa sukar terlaksana melalui PH.

No comments:

Post a Comment