ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PENANGGUHAN UJIAN MATA PELAJARAN SCIENCE 018 UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN 2014

Thursday 11 September 2014

PENANGGUHAN UJIAN MATA PELAJARAN SCIENCE 018 UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN 2014

KENYATAAN AKHBAR LEMBAGA PEPERIKSAAN 

PENANGGUHAN UJIAN MATA PELAJARAN SCIENCE 018
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN 2014

Adalah dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia telah menerima laporan bahawa Kertas Peperiksaan Science 018, 028, 038 bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang dijadualkan berlangsung pada tarikh 11 September 2014 jam 8.15 hingga 9.30 pagi telah didapati bocor. 

Berdasarkan siasatan awal pihak LP, kandungan soalan bagi kertas peperiksaan tersebut telah tersebar menerusi media sosial. Lembaga Peperiksaan telah membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang.

Sehubungan dengan ini, Lembaga Peperiksaan memaklumkan bahawa kertas peperiksaan Science 018, 028, 038 bagi UPSR tahun 2014 yang dijadualkan pada 11 September 2014 adalah DITANGGUHKAN. Tarikh baharu bagi peperiksaan Science 018, 028, 038 adalah pada 30 September 2014. 

Pengarah Peperiksaan
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia

10 September 2014

No comments:

Post a Comment