ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: LAPORAN AWAL MH17 AKAN DIBENTANG BULAN INI

Thursday, 4 September 2014

LAPORAN AWAL MH17 AKAN DIBENTANG BULAN INI


JASIN – Laporan awal tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17, yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lepas, akan dibentang jawatankuasa penyiasatan yang berpusat di Belanda bulan ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, laporan itu penting bagi memberi panduan untuk siasatan lebih mendalam terutama punca sebenar tragedi itu, yang mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal pesawat berkenaan.

“Hanya akan ada satu laporan iaitu daripada jawatankuasa penyiasatan yangkita anggotai, tiada laporan berasingan akan dikeluarkan oleh Malaysia atau negara lain yang terlibat,” kata Presiden MCA itu kepada pemberita selepas menghadiri Makan Malam MCA Bahagian Jasin di sini malam tadi.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Wee Ka Siong, yang juga Timbalan Presiden MCA.

Pesawat itu ditembak jatuh ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Dalam perkembangan berkaitan, Tiong Lai berkata, pihak penyiasat tragedi hari ini mengenal pasti satu lagi mayat rakyat Malaysia, menjadikan jumlah setakat ini 33 orang.

“Bagaimanapun, kita ada 10 lagi yang belum ditemui atau dikenal pasti, sama ada mayat mereka masih di kawasan kemalangan atau tidak itu, kita masih siasat,” katanya. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment