ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: JANGAN CAMPUR URUSAN KAMI - PAS

Saturday 6 September 2014

JANGAN CAMPUR URUSAN KAMI - PAS

Jangan campur urusan kami - PAS

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menasihatkan PKR dan DAP supaya tidak terlalu mencampuri urusan partinya, lapor Harakhadaily.

Tuan Ibrahim berkata, mutakhir ini banyak urusan dalam PAS cuba dicampuri oleh pihak lain terutama yang melibatkan isu menteri besar Selangor.

"Saya suka ingatkan kepada semua parti dalam Pakatan Rakyat agar kita tidak mencampuri sangat urusan parti-parti lain dan jangan melampaui sempadan parti.

"Memang ada benda yang kita bersetuju dan ada benda kita tidak bersetuju. Itu hak parti masing-masing dan kita perlu hormat," Tuan Ibrahim dipetik sebagai berkata oleh Harakahdaily.

Tuan Ibrahim mengambil contoh isu hudud yang menyaksikan DAP tidak bersetuju dengan pendirian PAS dalam isu tersebut.

Namun katanya, biarpun mempunyai pendirian berbeza dalam isu tersebut, PAS tetap menghormati keputusan DAP kerana ia hak parti itu.

"Kita PAS menghormati pendirian mereka (DAP) dan kita tidak mengkritik mereka," katanya lagi.

Tuan Ibrahim berkata demikian sebagai mengulas beberapa kenyataan dari rakan pimpinan parti dalam Pakatan Rakyat yang seolah-olah tidak menghormati perbezaan pendapat dari PAS.

Katanya, terdapat kenyataan-kenyataan pemimpin parti lain dalam  Pakatan Rakyat seperti mengkritik PAS dan cuba mengajar parti itu dalam membuat keputusan melibatkan isu perlantikan pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sementara itu, berdepan dengan perkembangan semasa dalam isu tersebut, Tuan Ibrahim menasihatkan seluruh ahli PAS agar bertenang dan menyerahkan kepada kepimpinan parti.

"Saya mengambil sikap, kalau kita tidak tahu, tak payah cerita kepada orang lain yang kita tak tahu," katanya.
Astro Awani

No comments:

Post a Comment