ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: DAP SERANG HADI, PERTIKAI REKOD KERJA HILANG DUA NEGERI

Monday 8 September 2014

DAP SERANG HADI, PERTIKAI REKOD KERJA HILANG DUA NEGERI

 Pada waktu perhatian dunia tertumpu kepada masalah peperangan antara Ukraine dan puak pemisah pro Rusia, rakyat Malaysia pula dicelarukan dengan kekeliruan dalam parti PAS dan pertempuran sesama sekutu dalam Pakatan Rakyat (PR).
Lepas satu parti membuat kenyataan, parti lain pula membalas kenyataan dalam pelbagai nada yang adakalanya menggerunkan tetapi lebih banyak membuatkan orang ramai terfikir mengenai apakah sebenarnya yang dikatakan pakatan oleh Pakatan Rakyat itu?
Apakah PR memang sebenarnya tidak sepakat, bercelaru sesama sendiri atau sengaja mengelirukan orang ramai sekaligus menyembunyikan agenda sebenar yang mahu dicapai parti masing-masing.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini menjadi sasaran serangan dan terbaru dari pemimpin DAP yang mempertikaikan kewibawaan rekod kerja beliau.
tonypua
PUA…Hadi pernah hilang dua negeri kepada BN
Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua menemplak Hadi kerana menyebabkan kehilangan dua negeri kepada Barisan Nasional dan kini mempersoalkan pula keupayaan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang baru.
Naibnya pula, Teng Chang Kim pula berkata, fakta rekod kerja Hadi menceritakan keupayaan pentadbiran beliau untuk dinilai orang ramai kerana hilang Terengganu sewaktu menjadi Menteri Besar dan hilang Kedah sewaktu menjadi Presiden PAS.
Katanya, Hadi mempunyai rekod suram dengan pentadbiran dan tiada hak mempersoalkan Wan Azizah.
Tentunya, serangan DAP ini tambah memeritkan buat Hadi ketika beliau masih sibuk berkuntau menangkis serangan ahli akar umbi dan puak Anwarinas dalam PAS serta PKR.
Pun begitu, Hadi tentunya tertanya-tanya kemana perginya Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjadi pencetus kemelut MB Selangor, apakah sedang bertapa menanti ilham merangka strategi baru atau sedang ketawa berdekah-dekah menyaksikan Hadi berkuntau menyelamatkan diri dari serangan pelbagai penjuru.
Meihat pada serangan terbuka ini, tentu lebih banyak kemelut dalam PR akan terbongkar.
Semuanya gara-gara PKR dan Anwar berkeras hanya Wan Azizah layak jadi menteri besar menggantikan Tan Sri ABdu Khalid Ibrahim. -bnbbcmy

No comments:

Post a Comment