ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: AJK PAS PUSAT TIDAK DIBERITAHU PERUBAHAN NAMA CALON MB SELANGOR - MOHAMAD SABU

Friday 5 September 2014

AJK PAS PUSAT TIDAK DIBERITAHU PERUBAHAN NAMA CALON MB SELANGOR - MOHAMAD SABU

AJK PAS Pusat tidak diberitahu perubahan nama calon MB - Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR: Keputusan menghantar nama Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS sebagai calon menteri besar Selangor yang baharu bersama dua nama Adun PKR tidak diketahui oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, kata Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu.

Mohamad berkata berdasarkan mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 17 Ogos lalu yang dipengerusikan oleh presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa senarai calon yang sebulat suara diputuskan oleh ialah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalanya, Mohamed Azmin Ali.

"Perkembangan mutakhir tentang isu calon MB Selangor pastinya menimbulkan pelbagai reaksi dan persepsi negatif terhadap PAS khasnya, dan terhadap Pakatan Rakyat (PR) amnya.

"Saya ingin menyatakan dalam perkara yang disebut Setiausaha Agung PAS Datuk Mutafa Ali semalam (4 Sept), seperti laporan pelbagai media, nama Dr Wan Azizah dan Azmin tidak ada dalam senarai pencalonan PAS tidak dalam pengetahuan saya.

"Laporan tentang kenyataan itu juga ada menyebutkan bahawa Setiusaha Agong mengakui PAS telah menyenaraikan salah seorang EXCO PAS sebagai calon MB.

"Kami, AJK PAS Pusat tidak tahu menahu akan nama baru ini kerana ia tidak diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebagai Badan Eksekutif yang mengendalikan urusan harian pentadbiran dan strategi parti," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


BERIKUT ADALAH KENYATAAN PENUH MOHAMAD SABU


Kenyataan Resmi Timbalan Presiden PAS bersabitan Hal Calon Menteri Besar Selangor.

Perkembangan mutakhir tentang isu calon MB Selangor pastinya telah menimbulkan pelbagai reaksi dan persepsi negatif terhadap Parti Islam SeMalaysia, PAS khasnya dan terhadap Pakatan Rakyat amnya.

Saya ingin menyatakan bahawa dalam perkara yang disebut Setiausaha Agung PAS, Dato Mutapha Ali semalam (4hb Sept), seperti laporan pelbagai media, bahawa nama Dato Seri Dr Wan Azizah dan YB Azmin Ali tidak ada dalam senarai pencalonan PAS adalah tidak dalam pengetahuan saya.

Laporan tentang kenyataan itu juga ada menyebutkan bahawa Setiusaha Agong mengakui PAS telah menyenaraikan salah seorang EXCO PAS sebagai calon MB. Kami, AJK PAS Pusat tidak tahu menahu akan nama baru ini kerana ia tidak diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebagai Badan Eksekutif yang mengendalikan urusan harian pentadbiran dan strategi parti.

Saya tegaskan sekali lagi berdasarkan mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 17 hb Ogos bahawa senarai calon yang sebulat suara diputuskanoleh ahli Pimpinan Pusat yang dipengerusikan Presiden parti ialah pertama Dr Wan Azizah dan kedua Yb Azmi Ali.

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 25 hb Ogos pula mengambil keputusan bahawa kami sepakati atas nama yang diputuskan pada mesyuarat 17 hb Ogos dan menyerah kepada Kuasa Budibicara Tuanku Sultan untuk membuat pilihan calon Menteri Besar Selangor itu.

Tuan Haji Mohd Sabu
Timbalan Presiden
Parti Islam SeMalaysia, PAS

Astro AWAN

No comments:

Post a Comment