Bekas Perdana Menteri selama 22 tahun yang terpalit dengan tragedi Memali itu bukan sahaja bertindak menyalahkan mufti dalam insiden tersebut malah menggelarkan mereka sebagai kafir.
Tanpa sedikit pun menyentuh tentang peranan beliau dalam tragedi hitam negara itu, Dr. Mahathir berkata, sebaik penasihat raja, mufti sepatutnya menyangkal amanat Datuk Seri Abdul Hadi Awang sehingga mendorong berlaku insiden berdarah tersebut.
“Mengapa mufti berdiam seribu bahasa, seolah-olah mereka bersetuju. Kalau mereka setuju pendapat itu, mereka tidak masuk parti PAS, maka mufti kita juga kafir dan orang yang dinasihati mufti juga kafir.
“Mengapa amanat ini tidak disangkal sehingga kini,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan sempena Perhimpunan Agung Tahunan PPBM, di sini hari ini.
Tragedi Memali di Baling pada 19 November 1985 memalitkan catatan hitam apabila 18 nyawa terkorban dan ketika banyak pihak menuding perkara itu ke atas bahunya, Dr. Mahathir bertindak menyalahkan bekas timbalannya, Tan Sri Musa Hitam.
Dalam perkembangan sama, Dr. Mahathir berterusan menyerang Pas sebagai parti yang memperalatkan agama sehingga membawa kepada ketaksuban dalam kalangan ahlinya seperti yang berlaku di Memali.
“Dalam tragedi Memali ini, empat polis dibunuh yang disangka kafir kerana bekerja dengan kerajaan kafir. Pas sebenarnya adalah parti yang memperalatkan dan menjual Islam,” katanya.
MAHATHIR MEMFITNAH MANGSA MEMALI
Baru saja kononnya Mahathir telah meminta maaf atas kesalahannya DIA sekali lagi MEMFITNAH MANGSA MEMALI dan PAS... Kononnnya mangsa MEMALI menganggap polis adalah KAFIR.. itulah Mahathir yang ingin dijadikan PM oleh PH.. Tidak pernah mengaku kezaliman yang Dia lakukan.. Mungkin kesalahan yang dimaksudkan Mahathir ialah tidak melantik Mukriz sebagai PM semasa dia berkuasa dan menjatuhkan Pak Lah dan menaikkan Najib.. Itulah Mahathir yang diAgungkan orang PAN, PKR, PPBM & DAP.
Aku tak hairan jika bekas umno sokong kenyataan Mahathir.. Aku tak hairan jika orang PKR sokong Mahathir kerana bagi mereka kesalahan Mahathir hanya luka kecil...
Aku nak tanya Matsabu, Din Ayub, Mahfuz & seluruh ahli PAN adakah mereka telan FITNAH Mahathir itu? Tragedi Memali adalah kemuncak kezaliman Mahathir. Bukan saje orang kampung terbunuh malah dizalimi semahunya oleh Mahathir.. Malah Anuwar dulu pun gunakan isu Memali utk menyerang Mahathir..
Mat Sabu & the geng adalah antara orang yang kuat menentang Mahathir dalam isu memali.. Keliling Malaysia mereka berceramah pasal isu Memali..Berapi2 Mat Sabu & the geng berceramah menghentam Mahathir dengann isu Memali demi mencari keadilan bagi mangsa Memali.
Kepada rakan2 lama yang masih ada akal Inilah sebenarnya sikap Mahathir dulu kini dan sekarang .Tidak pernah mengakui kesilapan sendiri dan tidak pernah menyesal dengan kezaliman yang DIA lakukan. Kalau masih tak sedar dan yakin Mahathir boleh bawa ke Putrajaya layaklah kalian jadi KHADAM.
Kepada ahli PAN & PKR janganlah kamu dilembukan oleh Mahathir demi cita 2 politiknya..Menjadikan Mahathir sebagai calon PM hatta sebagai ketua pun adalah tindakan yg paling bodoh.. Kalau Mahathir tu Mahazalim, yang ikut Mahathir lebih zalim & bodoh kerana masih menyokong walaupun sudah tahu kebenaran .. Maaf aku kasar sikit sebab Kesian tengok rakyat yang cuba dilembukan oleh Mahathir.. Jgn kamu ingat Mahathir akan bawa kamu ke Putrajaya..Kamu tak ada nilai sesen pun dimata Mahathir kecuali kamu anaknya.
No comments:
Post a Comment