ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MINYAK NAIK DAN LAKSANAKAN CUKAI 'VAT'...ELOK RAFIZI KE ARAB SAUDI DAN UAE

Wednesday 3 January 2018

MINYAK NAIK DAN LAKSANAKAN CUKAI 'VAT'...ELOK RAFIZI KE ARAB SAUDI DAN UAE


Semalam, Reuters melaporkan harga RON95 di Arab Saudi dinaikkan 0.90 riyal (98 sen) seliter kepada 2.04 riyal (RM2.21) seliter. RON95 di UAE pada Januari turut dinaikkan daripada RM2.24 kepada RM2.36.
Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Eric See-To melalui catatan di Facebooknya memerli Rafizi dengan berkata Rafizi dan pengikutnya patut berebut ke Arab Saudi dan UAE selepas negara itu melaksanakan GST (VAT) dan menaikkan harga minyak mereka.
"Perkhidmatan anda amat diperlukan di sana. dipersilakan.." katanya
Cukai VAT dilaksanakan 2 kerajaan negara berkenaan dalam rangka kerja perjanjian seragam yang diluluskan negara anggota Majlis Kerjasama Teluk.
Katanya, VAT yang mempunyai konsep sama dengan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan pada masa sama dengan kenaikan harga petrol RON95 oleh 2 kerajaan itu, dengan Riyadh menaikkan harganya lebih 2 kali ganda.

Beliau berkata, kerajaan Saudi turut menaikkan tarif elektrik domestik 3 kali ganda hari ini.
“Kerajaan Arab Saudi dan UAE menyatakan langkah ini penting untuk menjamin masa depan dan ekonomi mereka lebih berdaya saing serta cekap.”
Sejak GST dilaksanakan di Malaysia pada kadar 6% mulai April 2015, parti pembangkang termasuk DAP dan PKR mengecam dasar itu dengan mendakwa ia menyebabkan inflasi dan membebankan rakyat. Bagaimanapun mereka hanya diam apabila Lim Guan Eng menaikka tarif air, dan pelbagai cukai di negeri itu. 
“Tidak lama dahulu, petrol di kedua-dua negara itu lebih murah daripada Malaysia kerana mereka menghasilkan puluhan kali minyak lebih banyak daripada negara kita,” katanya.
Hari ini, Reuters melaporkan harga RON95 di Arab Saudi dinaikkan 0.90 riyal (98 sen) seliter kepada 2.04 riyal (RM2.21) seliter.
Eric See-To berkata, harga RON95 di UAE pada Januari turut dinaikkan daripada RM2.24 kepada RM2.36.
Pada 28 Disember lalu, harga RON95 dan RON97 di Malaysia jatuh 1 sen kepada RM2.26 dan RM2.53 seliter.
“Tidak seperti Malaysia, harga minyak RON95 di UAE dan Arab Saudi termasuk GST dan kedua-dua negara itu tidak mengecualikan petrol daripada cukai.
“Dengan langkah ini, harga di Arab Saudi sama dengan Malaysia, manakala harga di UAE lebih tinggi daripada kita.”
---
Saudi Arabia hikes fuel price

No comments:

Post a Comment