ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: JAWAPAN KEPADA 27 FITNAH PEMBANGKANG BAHAWA SEMUA TELAH DIJUAL KEPADA CHINA

Monday 1 January 2018

JAWAPAN KEPADA 27 FITNAH PEMBANGKANG BAHAWA SEMUA TELAH DIJUAL KEPADA CHINA


1. *MALACCA GATEWAY* – BUKAN milik China
Dimiliki Kejuruteraan Asas Jaya Development KAJD (51%) & Power-China International Group Limited (49%). KAJD ialah syarikat tempatan yg dikorporatkan di Malaysia pada 2001.
2. *JOHOR ISKANDAR* – BUKAN milik China
Ia adalah projek kerajaan Johor yang menjual plot hartanah China RM26 billion, Singapura RM20 billion, US, Jepun, Spain,  Korea Selatan.
3. *FOREST CITY* – BUKAN milik China
Projek kerajaan Johor yg menjual unit hartanah; leasehold untuk landed property dan freehold untuk Strata Title.
4. *CAREY ISLAND* – TIADA kaitan dengan China, tetapi India 
Syarikat India, Adani Ports, dan syarikat Malaysia MMC Port Holdings (milik Syed Mukhtar Bukhari) dan Sime Darby Property.
5. *EAST COST RAIL LINK* – BUKAN milik China
Ia dimiliki 100% oleh Kementerian Kewangan Malaysia dengan pembiayaan daripada Exim Bank China.
6. *BANDAR MALAYSIA* – BUKAN milik China
Dimiliki oleh Kementerian Kewangan Malaysia melalui TRX City Sdn Bhd.
7. *HIGH SPEED RAIL HSR* – BUKAN milik China
Pemilik tender ialah kerajaan Malaysia dan Singapura. Pemenang tender belum diumumkan.
8. *IMPRESSION MALACCA* – BUKAN milik China
Dimiliki oleh syarikat tempatan Yong Tai Berhad.
9. *EDRA ENERGY*- Dimiliki oleh Syarikat China
Menang melalui tender antarabangsa, berjaya menjimatkan TNB dengan memperkenalkan tarif yang lebih kompetitif berbanding tarif di zaman IPP kroni-kroni Tun Mahathir.
10. *SUTERA HARBOR* – Dimiliki oleh syarikat China
Ia adalah urusniaga jual beli saham syarikat swasta yang tidak melibatkan mana-mana kerajaan. GSH ialah syarikat hartanah China yang disenaraikan di pasaran saham Singapura SGX.
11. *BIRDS NESTS* – BUKAN milik China
Syarikat tempatan mengeksport sarang burung kepada China. Syarikat swasta dapat untung, syarikat China dapat sarang burung. Tiada sebarang  tanah yang tergadai kepada China. 
12. *DURIANS* – BUKAN milik China 
Syarikat tempatan mengeksport Durian kepada China. Syarikat swasta dapat untung, syarikat China dapat Durian. Tiada sebarang tanah yang tergadai kepada China. 
13. *TOURISM* – BUKAN milik China
Milik penduduk China yang datang melancong ke Malaysia, tiada sebarang tanah yang tergadai kepada China.
14. *AQUACULTURE* – China
Syarikat tempatan mengeksport produk-produk akuakultur kepada China. Syarikat swasta dapat untung, syarikat China dapat produk-produk akuakultur. Tiada sebarang tanah yang tergadai kepada China. 
15. *PALM OIL* – China 
Syarikat tempatan mengeksport kelapa sawit kepada  China. Syarikat swasta dapat untung, syarikat China dapat kelapa sawit. Tiada sebarang tanah yang tergadai kepada China. 
16. *NAVAL PATROL BOAT*
Malaysia beli _patrol boat_ daripada China. Malaysia juga beli kapal selam daripada Perancis, jet daripada U.S. dan Russia, kapal daripada UK. Tiada sebarang tanah yang tergadai kepada China
17. *FELDA FGV* – BUKAN milik China
Dimiliki oleh Felda, Tabung Haji, KWAP, Koperasi Felda, Kerajaan Pahang. 89% milik Malaysia 11% milik orang luar
18. *ALIBABA DFTZ REGIONAL HUB* – Memang Asal Milik China
Projek ini sebenarnya Malaysia rampas daripada Singapura. DFTZ dijangka akan melipatgandakan eksport Malaysia. _Alibaba_ memang asalnya milik China dan tidak pernah menjadi milik Malaysia. Tiada isu tanah tergadai.  
19. *PROTON* – BUKAN milik China
Proton dimiliki Syed Mukhtar Bukhari 51% dan Geely 49%. Rakyat Malaysia sudah lama memilih Perodua sebagai kenderaan mereka dengan jualan Perodua 200 ribu dan Proton hanya 70 ribu pada 2016.
20. *SHELL*
 Shell tidak pernah menjadi milik Malaysia. Penukaran hak milik tidak melibatkan kerajaan Malaysia dan tiada sebarang tanah yang tergadai.
21. *KEDAH INTEGRATED FISHERIES TERMINAL* – BUKAN milik China
Pelaburan China tidak menjadi & akan mencari pelabur lain.
22. *KUANTAN MSIA-CHINA IND PARK* – BUKAN milik China
Kuantan Pahang Holding menguasai 51% MCKIP dan Guangxi memiliki 49%. ini adalah projek _twin cities_ dimana Kuantan memiliki bandar kembarnya CMQIP di Guangxi, China.
23. *KEDAH RUBBER CITY*
Mukhriz Mahathir yang memulakan projek _rubber city_ dengan China. Jika salah, mustahil Mukhriz mulakan kerjasama dengan China. China dijangka akan melabur RM10 billion dan akan menaikkan harga getah tempatan.
24. *NAVY NAVAL 50 VESSELS GRADE*
Bukan 50 tetapi hanya 10. Malaysia membeli _patrol vessel_ daripada China. Malaysia juga membeli kapal selam daripada Perancis, jet daripada U.S. dan Rusia, kapal daripada UK. Tiada sebarang tanah yang tergadai kepada China.
25. *ROYAL MULU SWAK* – BUKAN dimiliki China
Masih dimiliki oleh Kerajaan Sarawak.
26. *LUMUT MARITIME TERMINAL PERAK* – BUKAN dimiliki China
Dimiliki oleh Perak Corp Berhad dan Tenaga Nasional Bhd.
27. *ALOR GAJAH POWER PLANT*
Dimiliki oleh Edra.
Dari Sumber *JASA UPDATE*

No comments:

Post a Comment