ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TERKINI : PELAJAR BULI ANAK YATIM DI DAKWA !!! (GAMBAR TERKINI MANGSA)

Friday 7 November 2014

TERKINI : PELAJAR BULI ANAK YATIM DI DAKWA !!! (GAMBAR TERKINI MANGSA)


Lima pelajar mengaku bersalah di Mahkamah Juvana Kangar pada Khamis atas tuduhan merusuh sehingga menyebabkan seorang rakan mereka tercedera.

Seorang lagi tertuduh, tidak hadir pada prosiding itu.

Kesemua tertuduh yang berumur 13 hingga 15 tahun itu didakwa dalam satu kumpulan mendatangkan kecederaan kepada Noor Azhar Saad, 11 tahun, antara 1 tengah hari pada 31 Mei dan 2 petang, 1 Jun di asrama anak yatim, Kompleks Penyayang Tun Dr Siti Hasmah, Jejawi, dekat sini.

Kesemua remaja itu didakwa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


Bercakap kepada pemberita Timbalan Pendakwa Raya Syazwani Mohamad Sabri berkata Majistret Norhayati Ibrahim menetapkan masing-masing diikat jamin RM500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Disember untuk menjatuhkan hukuman.

Syazwani berkata seorang lagi tertuduh yang tidak hadir akan didakwa kemudian.

Kesemua remaja itu tidak diwakili peguam manakala peguam Razairul Hafiz Md Razib bertindak sebagai peguam pemerhati.

Kejadian buli terhadap Noor Azhar dirakam dan dimuat naik dalam Facebook serta media sosial baru-baru ini sehingga mendapat simpati orang ramai terhadap mangsa.

Pelajar buli mengaku salah
Pelajar yang dituduh dibawa ke Mahkamah Juvana Kangar, semalam.
KANGAR - Lima pelajar mengaku bersalah di Mahkamah Juvana Kangar semalam atas tuduhan bersama-sama dalam satu kumpulan mendatangkan kecederaan ke atas murid tahun lima di asrama anak yatim di sini, pada 31 Mei hingga 1 Jun lalu.

Dalam kertas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Norhayati Ibrahim, kelima-lima tertuduh yang berusia antara 13 hingga 16 tahun itu dituduh mendatangkan kecederaan ke atas murid berkenaan dengan mengadakan perhimpunan menggunakan kekerasan.

Mereka dituduh melakukan perbuatan terbabit di asrama berkenaan antara jam 1 petang hingga 2 petang.

Kesemua mereka dituduh bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Seorang lagi tertuduh yang berusia 15 tahun tidak hadir ke mahkamah dan akan dituduh kemudian.

Pendakwaan dilakukan oleh Ketua Unit Pendakwaan Negeri, Badius Zaman Ahmad dengan menawarkan jaminan RM1,000 bagi setiap tertuduh.

Norhayati membenarkan ikat jamin RM500 dengan seorang penjamin, bagaimanapun kelima-lima remaja terbabit tidak diikat jamin dan dibawa ke lokap untuk tahanan.

Mahkamah menetapkan 24 Disember untuk menjatuhkan hukuman sementara menunggu laporan akhlak dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sementara itu, Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun semalam mengesahkan video klip aksi buli membabitkan sekumpulan pelajar dan seorang mangsa yang menjadi viral di laman sosial baru-baru ini, berlaku di

Asrama Anak Yatim, Kompleks Penyayang Doktor Siti Hasmah, di Jejawi, Kangar.

Beliau berkata, kes itu merupakan kes lama yang telah dilaporkan Jun lalu.

Difahamkan mangsa dipukul kerana enggan membersihkan bilik sedangkan pada hari berkenaan merupakan gilirannya untuk berbuat demikian.

"Pihak polis tetap mengemukakan kertas siasatan kepada pendakwa raya sekalipun pihak penyelia pelajar telah menarik balik laporan mereka atas tujuan menyelesaikan masalah itu secara baik," katanya. - Sinar Harian

No comments:

Post a Comment