ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PASMA YAKIN PAS AKAN HILANG 14 KERUSI JIKA HJ HADI TIDAK UNDUR DIRI

Saturday 29 November 2014

PASMA YAKIN PAS AKAN HILANG 14 KERUSI JIKA HJ HADI TIDAK UNDUR DIRI

PAS Kelantan didakwa bakal kehilangan 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihanraya Umum ke-14.
Dakwaan itu dibuat oleh aktivis Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Kelantan, Che Ibrahim Mohamed berdasarkan kajian trend pengundian di Pilihanraya Kecil DUN Pengkalan Kubor.
“Dalam PRK Pengkalan Kubor, undi PAS telah merosot sebanyak 18 %, jika kita mengandaikan sokongan kepada PAS di Kelantan menurun sebanyak 7 %, PAS Kelantan akan kehilangan 14 kerusi DUN termasuk satu kerusi PKR di Guchil dalam PRU 14 nanti,”dakwanya
14 Kerusi DUN milik PAS yang didakwa bakal hilang itu adalah; Jelawat, Gaal, gual Periok, Bukit Tuku, Pulau Chondong, Wakaf Bharu, Tendong, Semerak, Kemuning, Limbongan, Mengkebang, Temangan, Kemahang, Perupok dan satu kerusi milik PKR di DUN Guchil.
“BN hanya memerlukan pertambahan undi sebanyak 24 – 750 undi untuk merampaskan balik 14 DUN tersebut bagi membolehkan BN memerintah Kelantan dengan 26 kerusi DUN.
“Dalam PRK Pengkalan Kubor, BN berjaya menambah lebih 2000 undi berbanding undi yang diperolehi oleh Dato Kamaruddin Jaafar (PAS) dalam PRU 13 bagi DUN tersebut,”kata Che Ibrahim.
Menurut Che Ibrahim dua faktor yang menyebabkan undi terhadap PAS menurun di Kelantan.
“Ada dua penyakit besar yang bakal menjadi penyebab sokongan PAS semakin menurun, pertama, perpecahan dalaman PAS yang tidak nampak langsung ada usaha untuk mengurangkannya.
“Kedua, Kekecewaan pengundi tidak berparti terhadap kelesuan kerajaan negeri terutama dari pengundi luar dan anak muda,”katanya lagi.
Petikan MyMassa

No comments:

Post a Comment