ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TERENGGANU : UMT DAN UniSZA ISYTIHAR CUTI BENCANA BANJIR HARI INI (10 GAMBAR)

Thursday 20 November 2014

TERENGGANU : UMT DAN UniSZA ISYTIHAR CUTI BENCANA BANJIR HARI INI (10 GAMBAR)


KUALA TERENGGANU: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mengisytiharkan cuti bencana hari ini berikutan pusat pengajian tinggi itu dilanda banjir.

UMT mengumumkan hari ini sebagai cuti sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian manakala UniSZA mengumumkan semalam dan hari ini sebagai cuti darurat.

Perkara itu dimaklumkan oleh Naib Canselor UMT, Prof Emeritus Datuk Dr Ibrahim Komoo dan Naib Canselor UniSZA, Prof Datuk Dr Yahya Ibrahim.

Banjir di UMT.
Di UnisZA.
Depan ILP Gong Badak.

Jalan pantai Batu Rakit.


UMT.

Kawasan kedua-dua universiti berkenaan dinaiki air sehingga kira-kira 0.4 meter.

Prof Dr Ibrahim yang mengumumkan cuti berkenaan kira-kira jam 8.30 pagi ini berkata, hujan lebat berterusan menyebabkan banjir di kawasan rendah seperti di pintu masuk UMT dan beberapa bahagian sepanjang jalan.

“Kita tidak dapat memasuki kampus dan saya mencadangkan kita ‘cuti peristiwa’ pada pagi ini hingga diberitahu kelak.

“Dalam pada itu, saya turut menasihatkan warga UMT supaya duduk di rumah (jika masih selamat), menguruskan keselamatan keluarga dan harta benda dengan sebaik mungkin,” katanya.

UMT mempunyai seramai 8,383 pelajar dan 1,500 kakitangan. 
-Berita Harian
-foto ehsan terengganutimes

No comments:

Post a Comment