ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PENCURI MOTORSIKAL MATI DIPUKUL PENGHUNI KEDIAMAAN !!!

Monday 24 November 2014

PENCURI MOTORSIKAL MATI DIPUKUL PENGHUNI KEDIAMAAN !!!


KUALA LUMPUR: Cubaan mencuri motorsikal oleh seorang lelaki tidak berhasil sebaliknya mati dipukul oleh penghuni kediaman tersebut.

Kejadian ini berlaku di sebuah rumah di Taman Desa Rejang Setapak, Kuala Lumpur pada jam 12.45 tengah hari, Isnin.

Salah seorang daripada tiga penghuni yang berada di rumah ketika kejadian adalah ahli bina badan.

Pencuri terbabit dikatakan masuk ke laman sebuah rumah dan mengumpil kunci kenderaan.

Menyedari perkara berkenaan, penghuni rumah bertindak menangkap dan memukulnya.

Dia mati di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan serius di beberapa bahagian anggota badan.

Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Dua daripada penghuni rumah dibawa ke IPD Wangsa Maju untuk siasatan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa mengesahkan kejadian.
Astro Awani

No comments:

Post a Comment