ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: DEWAN ULAMA PAS RAYU DAP JANGAN SERANG PRESIDEN PAS

Tuesday, 25 November 2014

DEWAN ULAMA PAS RAYU DAP JANGAN SERANG PRESIDEN PAS

Akhir-akhir ini semakin kerap kedengaran suara-suara yang menyerang kewibawaan Abdul Hadi Awang gara-gara pendirian Presiden PAS itu yang enggan tunduk kepada persetujuan bersama PR telah merencatkan usaha menobatkan ADUN Kajang, Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.
Dewan Ulama PAS Tegur Rayu DAP
Serangan demi serangan mempertikaikan kepimpinan Hadi tampak lebih hebat bila Ahli Parlimen PAS Marang itu memboikot Mesyuarat Presiden PR pada 27 Oktober lepas yang diadakan khusus untuk membincangkan persiapan menghadapi perbicaraan liwat Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan Putrajaya.
Mengambil kesempatan dari gelombang keraguan penyokong PR yang sakan mengasak Hadi, Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP kemudiannya secara sinis melabelkan PAS sebagai parti yang cakap tidak serupa bikin dan kurang memberi komitmen kepada pakatan pembangkang.
Terkesan dengan senario itu termasuk sindiran tajam oleh Guan Eng, satu demi satu pemimpin PAS yang kebanyakannya dari kalangan pro Hadi bangkit mempertahankan maruah Presiden mereka. Mereka lebih berani ke depan lebih-lebih lagi bila Mursyidul Am PAS, Nik Aziz sendiri tampil membela Hadi.
Namun seperti semua maklum sehingga kini api amarah penyokong PR tetap tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda. Di mana-mana sahaja portal dan blog pro PR komen-komen penyokong PR yang merendah-rendahkan kepimpinan Hadi Awang terus bergentayangan semacam kerasukan.
Penyokong PR Serang Wibawa Hadi
Hatta pemimpin DAP sendiri pun tidak berhenti menyerang kewibawaan Presiden PAS apabila dalam kenyataan terbaru mereka menyifatkan Hadi telah menguasai parti itu sepenuhnya mengatasi sesiapa sahaja. Ia seolah-olah membayangkan kepimpinan Hadi adalah autokratik dan tidak demokratik.
Mungkin agak tidak tahan dengan suasana panas yang terus membahang itulah akhirnya memaksa Dewan Ulama PAS melalui kenyataan Pemangku Ketuanya, Datuk Ahmad Yakob (Mat Yakob) yang juga adalah Menteri Besar Kelantan terpaksa membuat teguran terbuka yang bunyinya seakan merayu pada DAP supaya menghentikan serangan ke atas Hadi.
Kata Mat Yakob, “Tidak comel kita bangkitkan perkara yang boleh menimbulkan keraguan di kalangan ahli dalam Pakatan Rakyat. Kita boleh selesai secara peringkat dalaman kerana kita ada forum di dalamnya (untuk meluahkan pendapat).”
Lembut dan mendayu-dayu bunyi teguran tersebut, tak sekeras nada kritikan Timbalan MB Kelantan, Nik Amar Nik Abdullah yang sebelum ini tersasul meminta DAP keluar dari PR tanpa menyedari setakat mana tinggi rendahnya kedudukan PAS dalam pakatan pembangkang tidak berdaftar itu.
Mat Yakob nampaknya faham sikap keras seperti ditonjolkan timbalannya tidak membantu meredakan kemelut hubungan parti itu dengan DAP apatah lagi realiti semasa menunjukkan DAP lebih mendominasi hala tuju PR berbanding PAS yang hanya bertaraf parti kelas ketiga sahaja.
Tapi malang bagi Mat Yakob, gesaan dan rayuan lembutnya itu sia-sia sahaja kerana tidak pun berupaya pun memadamkan amarah dan kebencian penyokong PR yang terus menggila menyerang batang tubuh Hadi serta PAS itu sendiri. Mereka tidak akan diam selagi mana Hadi masih mengemudi PAS.
Lantas apa lagi pilihan untuk PAS kembali mengambil hati penyokong PR dan DAP? Gadai prinsip dah buat, kempen senyap dah buat, boikot dan ponteng mesyuarat PR dah buat, kritik secara terbuka dah dilakukan, tegur dalam nada rayuan pun tak jalan juga. Tinggal lagi melutut saja belum.
Apa sahaja yang PAS nak lakukan demi memuaskan kehendak DAP selepas ini, buatlah kalau itu dirasakan lebih penting dari maruah harga diri PAS dan pimpinannya. Cumanya jangan nanti bila nasi dah jadi bubur atau sudah terantuk baru PAS nak tengadah untuk menyedari betapa ruginya selama ini menghambakan diri kepada DAP.
Petikan MyKMU

No comments:

Post a Comment