ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: UMNO, PAS HARUS BERSATU UNTUK MENYELAMATKAN MELAYU DARI JADI ‘RED INDIAN’

Monday 24 November 2014

UMNO, PAS HARUS BERSATU UNTUK MENYELAMATKAN MELAYU DARI JADI ‘RED INDIAN’

Tun Abdul Hamid Mohamad



Kuala Lumpur – UMNO dan PAS wajar bersatu dan melupakan perbezaan politik bagi mengelak DAP dan PKR mengambil alih kuasa serta meminggirkan Melayu di negara sendiri.
Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad berkata penyatuan ini penting untuk menyelamatkan kaum Melayu daripada menerima nasib yang sama seperti ‘Red Indian’, yang merujuk kepada orang Asli Amerika, walaupun mereka sedang menghadapi ancaman di tanah air mereka sendiri.
Katanya, PAS perlu sedar bahawa DAP adalah ‘lebih cauvinis’ berbanding dengan MCA dan Gerakan, jika mereka menguasai Pakatan Rakyat (PR) apabila mendapat mandat kelak.
“UMNO dan PAS mesti berfikir untuk bergabung, bersatu atau bekerjasama, sekurang-kurangnya di peringkat persekutuan, untuk mempertahankan kerajaan persekutuan daripada jatuh ke tangan PKR dan DAP.
“PKR dan PAS tidak boleh mengawal cita-cita DAP seperti Umno mengawal MCA dan Gerakan. Jika PAS tidak mahu hak Melayu dan kedudukan Islam dicabar, ia perlu bekerjasama dengan UMNO,” kata Abdul Hamid.
Abdul Hamid berkata demikian ketika berucap di Konvensyen Perpaduan Nasional yang dianjurkan oleh gabungan 58 NGO Melayu, dan dihadiri lebih 300 kumpulan, di Dewan Muktamar Pusat Islam, hari ini.
Ujarnya, PAS harus dipersalahkan kerana menjenamakan parti Islam itu sebagai ‘lebih Islam’ berbanding UMNO yang dilabel sebagai ‘kafir’.
“Seolah-olah ‘Melayu’ dan ‘hak Melayu’ yang termaktub dalam Perlembagaan, adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan dosa.
“Adakah salah jika kita berkata kita adalah Melayu dan Islam?”
“Adakah salah jika kita mengatakan kita mahu mempertahankan hak-hak Melayu dan kedudukan Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan? Dalam konteks Malaysia, jika sesuatu yang menyakitkan orang Melayu, tidakkah orang Islam turut sakit juga?” jelasnya.

No comments:

Post a Comment