ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: LELAKI PARAH DITETAK RAKAN BAIK

Tuesday, 18 November 2014

LELAKI PARAH DITETAK RAKAN BAIK




KOTA BHARU: Seorang lelaki cedera parah di kedua-dua belah tangan selepas dipercayai ditetak dan dikelar dengan senjata tajam oleh seorang rakan baiknya di Kampung Kutan, Pasir Pekan, Tumpat, semalam.

Dalam kejadian 5 petang itu, Mohammad Shahrul Riduan, 25, juga patah kedua-dua belah tangan.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Supt Zaharuddin Rasip, berkata mangsa yang sedang menunggang motosikal berhenti di tepi jalan selepas terserempak dan dipanggil seorang rakan baiknya.

"Mangsa secara tiba-tiba diserang dengan sebilah senjata tajam dipercayai kelewang," katanya.

Mangsa kini menerima rawatan di Hospital Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini dan keadaannya dilaporkan stabil.

Zaharudin berkata, polis telah mengenalpasti identiti suspek yang disyaki penagih dadah.
- BERNAMA

No comments:

Post a Comment