ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: GURU TIDUR, MURID BERENANG DALAM SEKOLAH !!!

Wednesday 19 November 2014

GURU TIDUR, MURID BERENANG DALAM SEKOLAH !!!


Keseronokan bermain air bah menjadi aktiviti yang dinanti-nantikan kanak-kanak, namum aktiviti itu boleh membahayakan keselamatan mereka, jika tiada pemantauan orang dewasa.
Terbaru, tiga gambar murid sekolah bermain air banjir di sebuah sekolah rendah, dipercayai di pantai timur, tersebar di media sosial.
Gambar yang dimuat naik dalam beberapa laman sosial menimbulkan rasa kurang senang dan ada yang mempersoalkan peranan guru di sekolah terbabit.
Dalam gambar itu, kelihatan beberapa murid yang berpakaian seragam sekolah dan baju sukan bermain air banjir di luar bilik darjah dan dalam kawasan sekolah tanpa pengawasan guru.
Difahamkan, ketika gambar itu dirakamkan, ianya masih waktu persekolahan kira-kira jam 11.45 pagi.
Guru sepatutnya dapat meluangkan masa pada musim banjir, bagi membantu mengawasi murid, walaupun waktu pembelajaran sudah tamat.

No comments:

Post a Comment