ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: JURUKIMPAL MAUT, RAKAN PARAH MOTOSIKAL TERBABAS REMPUH PEMBAHAGI JALAN !!!

Saturday 29 November 2014

JURUKIMPAL MAUT, RAKAN PARAH MOTOSIKAL TERBABAS REMPUH PEMBAHAGI JALAN !!!


Kuala Terengganu: Seorang jurukimpal berusia 23 tahun maut manakala rakannya parah selepas motosikal dinaiki mereka terbabas dan merempuh pembahagi jalan di Kampung Wakaf Mempelam, di sini, 3.40 pagi tadi.

Mangsa, Muhammad Nur Hisam Roslan menunggang motosikal Honda EX5 serta membonceng rakannya Muhammad Amirrul Abd Manaf, 18, dalam perjalanan ke kediaman masing-masing di Bandar Baru, Pulau Kambing, di sini.

Malangnya, motosikal dinaiki mereka hilang kawalan dan terbabas sebelum merempuh besi pembahagi jalan di laluan berkenaan.

Kemalangan itu menyebabkan Muhammad Nur Hisam cedera teruk di kepala manakala Muhammad Amirul cedera parah di badan dan kedua-duanya dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar mengesahkan kejadian dan berkata, Muhammad Nur Hisam bagaimanapun meninggal dunia di HSNZ jam 8.30 pagi tadi dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
hmetro

No comments:

Post a Comment