ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: AYAH GIAN CABUL 2 ANAK DARA DITAHAN POLIS

Friday, 21 November 2014

AYAH GIAN CABUL 2 ANAK DARA DITAHAN POLIS


Tidak tahan sering dicabul bapa kandung, dua beradik perempuan nekad membuat laporan polis selepas ibu mereka sendiri tidak mampu menghalang tabiat buruk suaminya itu.

Menurut sumber, insiden berlaku di sebuah kampung di Serian Sarawak apabila mangsa yang masing-masing berusia 17 dan 18 tahun sering menjadi mangsa cabul bapa mereka yang berusia 60 tahun sejak awal tahun lepas.

Difahamkan, suspek akan meramas payudara dan alat sulit kedua-dua anak gadisnya itu setiap kali bersua dengan mereka tanpa mengira waktu dan tempat.

“Malah, di hadapan isterinya sendiri (ibu mangsa), dia (suspek) masih boleh melakukan perbuatan terkutuk itu dan hanya diperhatikan sahaja kerana kesemua mereka takutkan suspek.

“Tidak tahan sering diperlakukan sedemikian dan kecewa apabila ibu mereka sendiri juga tidak dapat mempertahankan mereka, dua adik-beradik tersebut nekad untuk melaporkannya kepada pihak polis,” kata sumber.

Berpandukan laporan yang dibuat adik-beradik terbabit, pihak polis berjaya menahan suspek di rumahnya sekitar petang semalam dan siasatan lanjut pihak polis masih dijalankan.

Ketua Polis Daerah DSP Chung Aik Peng semasa dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan menurutnya suspek akan direman selama beberapa hari untuk siasatan lanjut.

“Dia (suspek) telah ditahan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan akan direman bermula hari ini (semalam) ,” kata Chung

No comments:

Post a Comment