ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: 8 JALAN UTAMA DI KUALA LUMPUR AKAN DITUKAR NAMA BERMULA RABU

Wednesday 26 November 2014

8 JALAN UTAMA DI KUALA LUMPUR AKAN DITUKAR NAMA BERMULA RABU

Lapan Jalan Utama Di Kuala Lumpur Akan Ditukar Nama

Menurut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan pada Selasa , jalan-jalan tersebut, termasuklah Jalan Ipoh,  Jalan Khidmat Usaha dan Jalan Duta , yang dinamakan semula dengan mengambil nama Yang di-Pertuan Agong yang terdahulu.

Jalan Duta akan dikenali sebagai Jalan Tunku Abdul Halim manakala Jalan Khidmat Usaha akan ditukar nama kepada Jalan Sultan Haji Ahmad Shah.
Mulai 26 November Jalan Duta akan dikenali sebagai Jalan Tunku Abdul Halim.

Jalan Ipoh, yang menghubungkan Jalan Segambut ke Jalan Pahang, dinamakan sebagai Jalan Sultan Azlan Shah.
Jalan-jalan lain iaitu Persiaran Duta kini akan dirujuk sebagai Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin manakala Jalan Khidmat Setia dan Jalan Ibadah akan dikenali sebagai Jalan Sultan Mizan Zainal Abidin.
Lebuhraya Mahameru ditukar namanya kepada Lebuhraya Sultan Iskandar, Persiaran Mahameru kepada Persiaran Tuanku Ja’afar dan Jalan Semarak kepada Jalan Sultan Yahya Petra.
Lebuhraya Sultan Iskandar adalah nama baharu yang diberikan kepada Lebuhraya Mahameru.

 “Pemasangan papan tanda baru akan bermula pada Rabu, 26 November,” kata DBKL di halaman Facebooknya.

No comments:

Post a Comment